Klinik Gigi Invisalign di Kajang Yang Buka Sampai 9 Malam
- Kajian merekodkan keperluan ortodontik yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia
- Ramai orang kini memilih clear aligners kerana ia lutsinar, selesa dan boleh ditanggalkan
-
Anda perlu buat imbasan 3D & pelan rawatan khas untuk pasang clear aligner secepat mungkin
- Maloklusi (gigi berlapis/jarang) amat biasa di kalangan orang dewasa di Malaysia akibat faktor genetik
Masalah Gigi Jarang & Berlapis
Pernahkah anda melihat cermin pada waktu pagi dan berasa kurang yakin untuk tersenyum lebar kerana susunan gigi yang tidak sekata?
Anda tidak berseorangan. Ramai rakyat Malaysia sebenarnya takut dan manangguhkan hasrat untuk membetulkan gigi mereka kerana enggan memakai pendakap gigi besi (braces) yang sinonim dengan remaja.
Mungkin anda pernah mendengar pelbagai mitos, atau merasa bimbang tentang rasa sakit, kos dan pantang larang makanan.

Kami di Aesira Dental sangat memahami dilema ini. Anda mahukan senyuman yang cantik, tetapi anda juga perlukan penyelesaian yang praktikal, pantas dan hampir tidak kelihatan agar tidak mengganggu rutin harian anda.
Faktanya, teknologi pergigian kini sangat maju. Masalah gigi berlapis atau berjarak kini boleh diselesaikan dengan memakai clear aligner atau invisalign!
Rawatan : Pasang Clear Aligner Sepantas 60 Minit
Nak Gigi Cantik Kena Pakai Braces ke?
Jawapannya, tidak.
Prosedur pasang invisalign adalah siri pendakap gigi lutsinar yang dibuat khas menggunakan teknologi 3D mapping untuk menggerakkan gigi anda ke kedudukan yang betul secara berperingkat. Ia biasanya digunakan sebagai alternatif yang jauh lebih selesa berbanding braces konvensional.
“Biasanya, kami akan buat invisalign supaya orang dewasa boleh dapat gigi yang cantik tanpa perlu pakai braces lagi”. – Dr. A’tikah U’zied (Dental Surgeon di Aesira Dental)

Cabaran Pasang Invisalign
Cabaran utama bagi pesakit bukanlah proses prosedur itu sendiri, tetapi mencari masa dan disiplin untuk memakai aligner tersebut setiap hari!
Tahukah anda, untuk invisalign anda perlu memakainya sekurang-kurangnya 20 – 22 jam sehari.
Kenapa Gigi Anda Tidak Teratur?
Dari sudut klinikal, masalah susunan gigi tak teratur dan tidak sejajar ini dinamakan maloklusi. Fenomena ini berlaku apabila saiz rahang atau saiz gigi tidak sepadan.
Ada individu yang mempunyai rahang kecil dan kesannya, gigi akan tubmuh menindih antara satu sama lain. Akhirnya, gigi akan nampak berlapis-lapis.
Sebaliknya, jika rahang besar dan saiz gigi pula kecil, akan wujud ruang kosong di antara gigi (diastema).

Kesan Gigi Tak Teratur
Apabila gigi yang tidak teratur menyebabkan tekanan gigitan yang tidak seimbang (uneven bite force). Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan kehausan enamel gigi pramatang dan masalah pada sendi rahang (TMJ).
Menurut laporan terkini kesihatan oral tempatan, masalah gigi dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan, di mana ramai orang dewasa berusia sekitar hujung 20 tahun dan awal 30 tahun mula mengalami simptom masalah gigi yang kronik.
Malangnya, majoriti rakyat Malaysia kurang kesedarang tentang komplikasi masalah gigi dan kesan buruk jika mereka tidak buat pemeriksaan gigi.
“Checkup gigi mungkin hanya 1 jam setiap 6 bulan, tapi mereka sering kata tak ada masa. Bila dah lama tak buat checkup, masalah gusi dan gigi merebak sampai ganggu struktur rahang dan muka.”
Kenapa Anda Alami Gigi Tak Teratur?
1. Faktor Genetik (Keturunan)
Punca paling biasa ialah faktor genetik. Ada individu mewarisi rahang yang kecil tetapi saiz gigi yang besar daripada ibu bapa.
Akibatnya, ruang dalam rahang tidak mencukupi dan gigi tumbuh bertindih, berpusing atau tidak sekata. Ada juga yang mewarisi rahang yang lebih besar sehingga menyebabkan gigi kelihatan jarang.
2. Gigi Susu Dicabut Terlalu Awal
Di Malaysia, gigi susu sering dicabut awal akibat kerosakan gigi yang teruk. Apabila ruang tersebut dibiarkan kosong, gigi bersebelahan akan bergerak menutup ruang.
Kesannya, gigi kekal yang sepatutnya tumbuh di situ kehilangan ruang dan tumbuh senget atau bertindih.
3. Tabiat Semasa Kanak-kanak
Tabiat seperti menghisap ibu jari, penggunaan puting terlalu lama atau menolak lidah ke hadapan ketika menelan boleh memberi tekanan berterusan kepada gigi dan rahang yang sedang membesar.
Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan gigi jongang, gigitan terbuka atau kedudukan gigi berubah.
4. Rahang Tidak Berkembang Dengan Seimbang
Sesetengah individu mengalami pertumbuhan rahang atas atau rahang bawah yang tidak seimbang.
Keadaan ini boleh menyebabkan gigi atas terlalu ke hadapan, rahang bawah menonjol atau gigitan tidak bertemu dengan betul walaupun susunan gigi kelihatan normal.
5. Kehilangan Gigi Tanpa Diganti
Apabila gigi kekal dicabut tetapi tidak digantikan dengan implan, bridge atau gigi palsu, gigi di sebelahnya akan mula bergerak ke ruang kosong.
Perubahan ini boleh mengganggu keseluruhan susunan gigi dan menyebabkan maloklusi menjadi semakin teruk.
6. Gigi Bongsu Tumbuh Pada Ruang Sempit
Ramai pesakit mempunyai ruang rahang yang terhad untuk gigi bongsu. Apabila gigi bongsu tumbuh secara senget atau tersepit, ia boleh menyebabkan kesakitan, keradangan gusi dan menyukarkan pembersihan gigi.
Dalam sesetengah kes, doktor gigi akan menilai sama ada ia turut mempengaruhi susunan gigi yang sedia ada.
7. Trauma atau Kecederaan
Kemalangan yang melibatkan gigi atau rahang ketika kecil atau dewasa boleh mengubah arah pertumbuhan gigi atau kedudukan rahang.
Akibatnya, gigitan menjadi tidak sekata dan memerlukan rawatan ortodontik untuk diperbetulkan.
Apa Kesan Anda Abai Masalah Ini?
Ya, ramai orang akan terus fikir untuk abaikan sahaja masalah ini dan menganggap ianya kurang penting. Hakikatnya, anda sedang memperjudikan masalah kesihatan lain di masa depan.
Laporan berita mendedahkan tahap penjagaan gigi rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan (Astro Awani, 2025.).
Plak dan bakteria sangat mudah terperangkap di celah-celah gigi yang menindih. Akibatnya? Keradangan gusi (gingivitis) yang boleh merebak menjadi periodontitis (penyakit tulang rahang).
Bayangkan Encik Ahmad, seorang eksekutif di Kajang. Beliau mempunyai gigi taring yang sangat berlapis tetapi memilih untuk membiarkannya.
Disebabkan kedudukan gigi tersebut, flos tidak dapat masuk. Selepas 3 tahun, gusi di kawasan tersebut mula menyusut (gum recession) secara drastik. Poket gusi terbentuk, bakteria meresap ke dalam tulang dan giginya mula bergoyang.
Baca : Punca Mulut Berbau & Rawatan Hilangkan Nafas Berbau
Masalah yang asalnya hanya memerlukan susunan semula, kini berisiko menyebabkan kehilangan gigi kekal.
Solusi Untuk Masalah Gigi Anda
Jika anda sedang mencari klinik gigi dan doktor gigi yang boleh pasang invisalign atau aligner gigi, Klinik Pergigian Aesira, Kajang adalah jawapannya.
Ini proses yang anda akan alami untuk kami rawat masalah anda :
-
Diagnosis Tepat: Kami bermula dengan sesi perundingan menyeluruh. Penilaian klinikal dilakukan untuk memastikan gusi dan tulang anda sihat.
-
Imbasan 3D Digital: Selamat tinggal acuan simen yang meloyakan! Kami menggunakan pengimbas 3D berteknologi tinggi untuk memetakan struktur gigi anda dalam masa beberapa minit.
-
Pelan Simulasi: Anda boleh melihat unjuran sebelum dan selepas pergerakan gigi anda terus di skrin, sebelum aligner pertama dicetak.
-
Pemakaian & Pemantauan: Anda akan diberikan set pendakap lutsinar yang perlu ditukar setiap 1 hingga 2 minggu, bergantung pada tahap keseriusan kes anda.
Nota : Rujuk infografik di bawah untuk faham prosedur invisalign anda di Aesira Dental.

Pengalaman Kami di Klinik Pergigian Aesira
Sepanjang menguruskan lebih 600+ pesakit sejak tahun 2025, kami melihat transformasi yang luar biasa. Pesakit yang dahulunya pendiam dan menunduk ketika bercakap, kini tersenyum yakin semasa pembentangan kerja.
Isu gigi tidak teratur boleh diselesaikan dengan prosedur pasang clear aligner yang betul. Secara purata, pesakit di Aesira Dental melaporkan prosedur ini jauh lebih selesa dan mudah diurus berbanding persepsi awal mereka.

Namun, kami selalu berpesan pada pesakit kami yang peralatan moden & canggih sekalipun perlukan rutin penjagaan.
Dalam kata lain, teknik memberus gigi yang betul dua kali sehari tetap menjadi asas kesihatan mulut anda.
Malah, kesedaran penjagaan ini harus bermula awal. Kanak-kanak dan bayi sekecil 6 bulan (apabila gigi pertama tumbuh) amat digalakkan untuk dibawa ke pemeriksaan gigi bagi membiasakan mereka dengan persekitaran klinikal.
Baca : Penjagaan Gigi dan Mulut Kanak-Kanak & Dewasa
Jaga senyuman anda dengan baik, kerana anda akan menggunakannya seumur hidup.
Enamel yang menyaluti bahagian luar gigi anda adalah bahan yang paling keras di dalam seluruh tubuh manusia. malah lebih keras daripada tulang! Namun, asid dari minuman manis dan plak bakteria masih boleh menghakisnya.
Soalan Lazim Kami Terima
1. Adakah Invisalign menyakitkan?
Ia tidak menyakitkan, tetapi anda akan merasa tekanan yang ketat (tightness) pada beberapa hari pertama setiap kali menukar set aligner baharu.
Ini adalah normal dan menunjukkan gigi anda sedang bergerak secara efektif.
2. Berapa harga rawatan invisalign di Malaysia?
Kos bergantung kepada pergerakan yang diperlukan, tetapi ia adalah pelaburan jangka panjang. Kami di Aesira Dental menawarkan pelan pembayaran ansuran yang sangat fleksibel dan berpatutan untuk pesakit di sekitar Kajang dan Bangi.
3. Boleh ke saya makan dan minum macam biasa?
Sudah tentu! Itulah kelebihan utama pendakap gigi lutsinar ini. Anda wajib menanggalkannya sebelum menjamu selera (sama ada makan nasi kandar atau minum kopi). Jadi, tiada isu sisa makanan tersangkut seperti braces besi.
4. Berapa lama masa untuk nampak hasil?
Masa prosedur berbeza mengikut individu. Ia mungkin mengambil masa seawal 6 bulan untuk kes ringan hingga 18 bulan untuk kes yang lebih kompleks, bergantung pada tahap keseriusan susunan gigi anda.
5. Ada had umur untuk pakai Invisalign?
Tiada had umur maksimum! Selagi gusi dan struktur tulang rahang anda sihat, prosedur ortodontik ini disyorkan secara klinikal untuk orang dewasa dari usia 20-an hinggalah ke usia 60-an.
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?
Gigi adalah aset terbesar seorang manusia. Gigi adalah benda pertama yang manusia akan scan apabila berjumpa seseorang.
Jika anda mula mengalami masalah gigi semakin tidak rata, kunyahan makanan tidak puas dan sakit rahang, ini adalah masa yang paling tepat untuk berjumpa dengan doktor gigi kami.
Kenapa Kena Jumpa Doktor Gigi?
- Lebih mudah bersihkan gigi : Doktor dapat rawat radang gusi & kaviti awal
- Makanan dihancurkan lebih baik : Makanan yang anda telan lebih kecil & hancur
- Elak prosedur lebih mahal : Prosedur root canal & impan lazimnya bermula RM1,500 ke atas.
Apa yang anda boleh jangkakan selepas prosedur? Senyuman yang kemas, gusi yang lebih merah dan sihat, serta peningkatan keyakinan diri yang tidak ternilai.
Baca : Gusi Bernanah Selepas Cabut Gigi? Ini Ulasan Doktor
Kesimpulan
Memiliki gigi yang bersih, lurus dan sihat adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan dan karier anda. Prosedur menggunakan clear aligners menawarkan jalan penyelesaian yang moden, diskret dan sangat efektif tanpa perlu mengorbankan keselesaan harian.
Jika anda sudah bersedia untuk memulakan transformasi senyuman anda, kunjungi klinik gigi invisalign kajang yang telah mendapat kepercayaan ramai. Jadualkan perundingan bersama kami di Aesira Dental hari ini!
Rujukan :
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Kesihatan Pergigian), “Garis Panduan Klinikal Pengurusan Ortodontik di Malaysia”, 14-Januari-2025. Akses : https://hq.moh.gov.my/ohp/ms/penerbitan-1/penerbitan-klinikal
-
World Health Organization (WHO) – Oral Health, “Global Oral Health Status Report: Malocclusion and Periodontal Risks”, 20-Mac-2025. Akses : https://www.who.int/team/noncommunicable-diseases/global-status-report-on-oral-health-2022
-
Journal of Clinical Periodontology, “Impact of Clear Aligners on Periodontal Health: A Systematic Review”, 10-Ogos-2024. Akses : https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10178428/
-
Astro Awani, “Masalah gigi rakyat Malaysia membimbangkan”, 05-November-2025. Akses : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-gigi-rakyat-malaysia-membimbangkan-417078
Penafian : Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif prosedur sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
- Penulis : Mehmed Aezhad
- Semakan : Dr. A’tikah binti U’zied
- Review Klinikal : 13 Julai 2026
- Reviu Seterusnya : 13 Julai 2027
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130).
