Penyakit Gusi (Gingivitis & Periodontitis)
Dipercayai 600+ pesakit sejak tahun 2025.
Apa Itu Penyakit Gusi?
Penyakit gusi ialah keradangan atau jangkitan pada gusi yang disebabkan oleh penumpukan plak & karang gigi, bermula sebagai gingivitis (peringkat awal yang masih boleh dipulihkan sepenuhnya) & jika dibiarkan boleh berkembang menjadi periodontitis (peringkat lebih serius yang menjejaskan tulang & struktur penyokong gigi).
Tanda & Simptom Penyakit Gusi

Gusi Berdarah Semasa Gosok Gigi
Gusi yang sihat tidak sepatutnya berdarah semasa gosok gigi biasa ini selalunya tanda awal keradangan gusi (gingivitis).

Karang Gigi Kelihatan atau Terasa
Mendapan karang gigi (tartar) yang mengeras pada permukaan gigi tidak boleh dibuang dengan gosok gigi sahaja.

Gusi Bengkak atau Kemerahan
Gusi yang sihat berwarna merah jambu pucat kemerahan atau pembengkakan menunjukkan keradangan yang sedang berlaku.

Gusi Berkecut (Gigi Nampak Lebih Panjang)
Gusi yang berkecut mendedahkan bahagian akar gigi, menjadikan gigi kelihatan lebih panjang tanda penyakit gusi telah berlaku untuk tempoh tertentu.
Kesan Jika Penyakit Gusi Dibiarkan
Tulang Penyokong Gigi Berpotensi Susut
Penyakit gusi yang tidak dirawat berpotensi merebak ke tulang yang menyokong gigi, menyebabkan ia berkurangan dari semasa ke semasa dan melemahkan sokongan kepada gigi.
Gigi Berpotensi Longgar dan Tanggal
Kerosakan yang berterusan pada struktur penyokong gigi berpotensi menyebabkan gigi menjadi longgar dan dalam kes yang lebih lanjut, gigi berpotensi tanggal sebelum masanya. Penilaian awal doktor boleh membantu tentukan tahap kerosakan dan pilihan rawatan yang paling sesuai.
Rawatan Berpotensi Jadi Lebih Kompleks
Gingivitis peringkat awal boleh dipulihkan dengan scaling berkala, tetapi periodontitis peringkat lanjut berpotensi memerlukan rawatan yang lebih kompleks dan lebih banyak sesi pemulihan.
Bila Perlu Jumpa Doktor Gigi?
Dapatkan pemeriksaan jika anda perhatikan:
- Gusi berdarah semasa gosok gigi atau semasa makan
- Gusi bengkak, kemerahan atau sensitif yang berterusan
- Karang gigi yang kelihatan jelas pada gigi
- Gigi mula terasa longgar
Setiap kes penyakit gusi berbeza dari segi tahap keterukan — doktor akan nilai keadaan gusi anda dan cadangkan rawatan yang paling sesuai selepas pemeriksaan.
Jenis Rawatan Untuk Penyakit Gusi
Gentle Scaling & Polishing
Bersihkan plak dan karang gigi yang terkumpul di bawah dan atas garis gusi untuk pulihkan kesihatan gusi rawatan asas yang disyorkan untuk gingivitis dan sebagai pemeliharaan berkala bagi semua pesakit penyakit gusi.
Kenapa Pilih Klinik Pergigian Aesira?
Operasi 9AM - 9PM
Klinik gigi lain tutup awal. Anda boleh book rawatan gigi selepas waktu bekerja! Doktor kami akan rawat anda sehingga jam 9 malam!
Tanpa Sakit, Tanpa Takut
Anda dapat rawatan gigi dengan sakit minimum dan tak perlu takut kerana doktor kami sangat lembut dalam merawat pesakit gigi.
Ansuran 0% Hingga 24 Bulan
Pasang braces tanpa risau kos yang mahal. Bayar secara ansuran selama 2 tahun dan dapatkan rawatan dengan 0% faedah.
Doktor Gigi Sah & Dipercayai
Semua doktor gigi adalah dentist yang sah, berdaftar di bawah Malaysian Dental Council dan dipercayai warga Lembah Klang.
600+ Review 5 Star
Aesira Dental dipercayai lebih 600+ pesakit gigi di Kajang dan Bangi. Anda boleh lihat review dan perubahan hidup yang mereka alami.
Klinik Gigi Mesra Kanak-Kanak
Doktor kami pandai pujuk supaya anak anda tak menangis & takut dengan rawatan. Tiada lagi drama anak menangis waktu rawatan gigi.
Dr. A'tikah U'zied
Dental Surgeon
Dr. A’tikah U’zied merupakan doktor gigi berpengalaman dengan lebih 6 tahun dalam bidang ortodontik, estetik dan pergigian kanak-kanak.
Pendekatan beliau yang lembut dan teliti menjadikan setiap pesakit terutamanya kanak-kanak dan mereka yang cemas, berasa selesa dan selamat semasa rawatan.
Masalah Berkaitan
FAQ Penyakit Gusi
Apa beza gingivitis dengan periodontitis?
Gingivitis ialah peringkat awal keradangan gusi yang masih boleh dipulihkan sepenuhnya dengan rawatan yang betul, manakala periodontitis ialah peringkat lebih lanjut yang telah menjejaskan tulang dan struktur penyokong gigi — pengesanan lebih awal memudahkan pemulihan.
Gusi berdarah semasa gosok gigi tu normal ke?
Tidak gusi yang sihat tidak sepatutnya berdarah semasa gosok gigi biasa. Ini selalunya tanda awal keradangan gusi (gingivitis) yang perlu dinilai oleh doktor untuk rawatan yang sesuai.
Scaling boleh rawat penyakit gusi sepenuhnya ke?
Untuk gingivitis peringkat awal, scaling berkala biasanya mencukupi untuk pulihkan kesihatan gusi. Untuk kes lebih lanjut, doktor akan nilai keperluan rawatan tambahan selepas pemeriksaan menyeluruh.
Berapa kerap perlu scaling untuk elakkan penyakit gusi?
Scaling disyorkan setiap 6 bulan sekali untuk kebanyakan pesakit, walaupun kekerapan sebenar bergantung kepada keadaan gusi anda — doktor akan cadangkan jadual yang paling sesuai berdasarkan penilaian semasa pemeriksaan.
Kenapa gusi saya nampak berkecut dan gigi jadi lebih panjang?
Gusi berkecut boleh menjadi tanda penyakit gusi yang telah berlaku untuk tempoh tertentu, mendedahkan bahagian akar gigi dan menjadikannya lebih sensitif — pemeriksaan diperlukan untuk menilai tahap keterukan dan pilihan pemulihan yang sesuai.
Lokasi Klinik Pergigian Aesira
- 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
- 011-5897 1137
-
Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
Ahad: 9 pagi – 6 petang