Punca Mulut Berbau & Rawatan Hilangkan Nafas Berbau (2026)
- Mulut berbau boleh menjejaskan keyakinan diri dan sosial
- Bermula dari masalah dalam rongga mulut dan penyakit sistemik
- 9 dari 10 orang dewasa ada penyakit gusi jadi punca mulut berbau
- Kenali tanda awal kesihatan mulut sebelum terjejas menjadi serius
- Jadualkan temu janji di klinik pergigian untuk hilangkan nafas berbau
Mulut berbau (halitosis) bukan sekadar bau selepas makan petai, bawang putih atau makanan berempah. Ia merujuk kepada bau nafas yang tidak menyenangkan yang bersifat kronik dan berterusan, walaupun selepas menyental gigi berulang kali.
Walaupun ada mitos mengatakan guna ubat kumur setiap hari, masalah selesai. Realitinya, ubat kumur memberikan kesegaran sementara. Ubat kumur beralkohol boleh memburukkan mulut kering dan menggalakkan pembiakan bakteria.
Jangan ambil mudah kerana ini menjejaskan keyakinan dan penampilan sosial anda. Ini kerana, sebanyak 80% hingga 90% punca mulut berbau datang daripada masalah di dalam rongga mulut itu sendiri, manakala selebihnya berpunca daripada penyakit sistemik.

Ayuh kenal pasti punca mulut berbau
| Kategori Punca | Isu Spesifik | Apa Yang Berlaku? |
| 1. Masalah Gigi & Gusi | Karang gigi, kaviti (lubang), jarang floss | Sisa makanan mereput di dalam lubang gigi atau poket gusi (periodontitis). Bakteria membebaskan gas sulfur yang berbau busuk. |
| 2. Mulut Kering (Xerostomia) | Kurang air liur, dehidrasi, kesan ubat | Air liur bertindak sebagai pembersih semula jadi. Bila mulut kering, bakteria membiak 2x lebih cepat. |
| 3. Gaya Hidup & Diet | Merokok, makanan berbau (bawang/ petai), diet tinggi protein | Bahan kimia rokok mengeringkan gusi. Makanan berbau pula diserap ke aliran darah dan dihembus keluar melalui paru-paru. |
| 4. Penyakit Sistemik (Dalaman Tubuh) | GERD (refluks asid), sinusitis, batu tonsil | Bau berasid atau lendir dari jangkitan saluran pernafasan/ perut naik ke rongga mulut. |
Masalah mulut berbau adalah lebih meluas. Realitinya ia berkait rapat dengan tahap kesihatan oral (mulut) yang membimbangkan.
Secara global, kajian sistematik dalam jurnal Oral Diseases (2023) menunjukkan setiap 1 dari 3 orang mengalami masalah bau mulut (halitosis) dengan 25% daripadanya berhadapan masalah bau mulut yang berterusan.
Manakala di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merumuskan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia hidup dengan penyakit gusi antara punca pengumpulan bakteria menyebabkan mulut berbau. Ia turut di sokong oleh kajian dari BMC Oral Health (2024) mendapati bahawa hampir 90% orang dewasa Malaysia menunjukkan tanda-tanda penyakit periodontal (gusi).
Masalah ini turut melibatkan kanak-kanak yang mana setiap 7 daripada 10 mereka berumur 6 tahun mengalami gigi berlubang dan ini boleh berlarutan sehingga dewasa.

Angka ini bukan untuk menakutkan. Ia adalah peringatan bahawa rawatan pencegahan seperti scaling berkala dan pemeriksaan gigi adalah pelaburan kesihatan yang paling mudah dan berbaloi.
Simptom & Tanda-Tanda Awal Perlu Diberi Perhatian
Kenali tanda awal dan tanda yang lebih serius masalah mulut berbau dan kesihatan mulut yang tidak sihat.

Rawatan & Solusi: Apa Yang Perlu Dilakukan
Sebaiknya, kebanyakan punca mulut berbau boleh dirawat dan boleh dihilangkan dengan:
1. Rawatan Scaling (Cuci Gigi)
Buang plak mengeras (kalkulus menggunakan alat ultrasonik untuk memecah dan mengangkat karang gigi secara selamat menjadikan nafas lebih segar dalam masa 24-48 jam.
2. Tampal Gigi Berlubang
Menutup rongga karies menggunakan bahan tampalan awal menggunakan resin komposit (warna gigi) dapat menyelamatkan gigi dan menghapuskan sumber bau daripada terperangkap.
3. Bersihkan Lidah Dengan Betul
Gunakan pengikis lidah (tongue scraper) setiap pagi secara efektif dapat mengurangkan beban bakteria di permukaan dorsal lidah.
4. Tukar Tabiat Flossing
Bersihkan celah-celah gigi menggunakan flos sebelum atau selepas memberus gigi.
5. Pemeriksaan Berkala Setiap 6 Bulan
Jadualkan temu janji berkala bersama doktor gigi 2 kali setahun.
Mulut berbau atau halitosis sering kali bukan sekadar isu kosmetik. Kebanyakan kes (80-90%) berpunca daripada masalah rongga mulut seperti plak, karang gigi dan penyakit gusi. Rawatan paling berkesan adalah pembersihan profesional (scaling) ditambah dengan penjagaan harian yang betul termasuk membersih lidah dan flossing. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi kronik. – (The Malaysian Medical Gazette)
Pengalaman di Aesira Dental
Sebagai klinik yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan dipercayai oleh lebih 600+ ulasan 5 bintang di sekitar Kajang dan Bangi, kami membantu segala masalah pergigian anda.
Sebagai doktor gigi dengan pengalaman dalam estetika dan kesihatan mulut, saya sering jumpa pesakit dengan rutin gosok gigi tapi masih ada bau. Masalah utama biasanya karang gigi dan lapisan bakteria pada lidah. Dengan teknologi ultrasonik moden, scaling kini selesa dan memberikan hasil yang ketara dalam masa 24-48 jam.” Dr. Atikah Uzied
1. Adakah mulut berbau boleh sembuh sepenuhnya?
Ya. Jika ia berpunca daripada masalah klinikal seperti karang gigi atau karies (gigi berlubang), rawatan yang tepat di klinik berserta penjagaan harian yang konsisten di rumah mampu mengatasi masalah bau mulut ini secara berkesan.
Kuncinya adalah mengekalkan rutin kebersihan mulut yang baik secara berterusan selepas rawatan selesai.
2. Seberapa kerap perlu buat scaling?
Protokol KKM menyarankan prosedur scaling dilakukan setiap 6 bulan sekali. Namun, golongan perokok tegar atau pesakit gusi kronik mungkin memerlukan rawatan yang lebih kerap (setiap 3-4 bulan sekali).
3. Adakah ubat kumur cukup untuk atasi bau mulut?
Tidak. Ubat kumur hanya menyembunyikan bau mulut secara kosmetik dalam tempoh 15 hingga 30 minit sahaja. Produk yang mengandungi alkohol tinggi juga berisiko memburukkan masalah mulut kering (xerostomia), sekali gus mempercepatkan pembiakan kuman.
4. Adakah scaling menyakitkan?
Dengan teknologi ultrasonik moden, kebanyakan pesakit hanya merasai sedikit getaran dan tekanan bukan kesakitan. Doktor boleh gunakan gel pemati rasa jika diperlukan. Rasa tidak selesa yang anda takutkan biasanya lebih kecil daripada yang anda bayangkan.
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda sudah lama tertanya-tanya “kenapa mulut saya masih berbau walaupun dah gosok gigi?” Inilah masanya untuk dapatkan jawapan yang sebenar.
Ambil langkah pertama untuk buat penjagaan rawatan gigi tanpa rasa sakit dan nyilu. Kerana kami di Aesira Dental menggunakan teknologi moden untuk scaling adalah prosedur yang cepat, selesa, dan memberikan perubahan ketara yang boleh anda rasai sendiri.
Kesimpulan
Mulut berbau bukan tentang kurang menjaga diri tapi ia adalah isyarat daripada tubuh anda bahawa ada sesuatu dalam mulut yang perlu dirawat. Punca mulut berbau yang paling biasa di Malaysia adalah karang gigi yang terlalu tebal, gigi berlubang yang dibiarkan, dan lidah yang tidak dibersihkan dengan betul. Penyelesaiannya tidak rumit dan masalah halitosis boleh diatasi dan anda boleh kembali berbual dengan yakin tanpa rasa risau.
Jangan tunggu sehingga sakit atau teruk. Rawatan awal sentiasa lebih mudah, lebih murah, dan lebih berkesan.
Rujukan
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), National Oral Health Strategic Plan 2022–2030, Disember-2022. Akses: (https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/1.-penerbitan-utama/pelan_kesihatan/national-oral-health-strategic-plan-2022-2030_edaran-upload.pdf)
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020: Fact Sheet, Julai-2020. Akses: (https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/4.-penyelidikan-kesihatan-pergigian/fact-sheet-nohsa-2020.pdf)
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Portal Rasmi Kesihatan Gigi — Malaysia.gov.my, (Terkini). Akses: (https://www.malaysia.gov.my/my/categories/kesihatan/kesihatan-gigi)
- BMC Oral Health, Assessing the impact of systemic conditions on periodontal health in Malaysian population: a retrospective study, November-2024. Akses: (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC11529034)
- PubMed, Periodontal status and provision of periodontal services in Malaysia: a retrospective analysis, Oktober-2024. Akses: (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/39487433/)
- Oral Diseases (Wiley), Aetiology and associations of halitosis: A systematic review, Mac-2022. Akses: (https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/odi.14172)
- PubMed Central, Periodontal status and provision of periodontal services in Malaysia: are we meeting population needs?, Disember-2012. Akses: (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3503638/)
- The Malaysian Medical Gazette, Mulut Berbau: Bukan Sekadar Kesihatan Gusi dan Gigi – Dr Shaiful Ehsan, (Tiada Tarikh). Akses: (https://www.mmgazette.com/mulut-berbau-bukan-sekadar-kesihatan-gusi-dan-gigi-dr-shaiful-ehsan/)
- Malaysia Gazette, Punca Mulut Berbau Busuk, Mac-2021. Akses: (https://malaysiagazette.com/2021/03/14/punca-mulut-berbau-busuk/)
Penafian : Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif rawatan sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh:
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)
