Penjagaan Gigi dan Mulut Kanak-Kanak & Dewasa (POSTER)
- Ikut step by step penjagaan kesihatan gigi & mulut berbentuk poster ini
- Amalan diet tinggi gula, tiada rutin flos & jarang buat pemeriksaan gigi
- Kesihatan gigi kanak-kanak di Malaysia masih lemah punca karies masih tinggi
- Salah cara memberus gigi & makanan tinggi gula punca plak gigi terbina cepat
-
90% orang dewasa alami radang gusi (gingivitis) akibat abai penjagaan asas gigi
Bayangkan selepas seharian penat mengharungi kesesakan lalu lintas dari tempat kerja, anda pulang ke rumah dengan satu niat, untuk terus tidur.
Rutin malam terabai dan tanpa sedar, nafas pagi mula berbau kurang menyenangkan dan gusi sering berdarah ketika memberus. Di Aesira Dental, kami dah biasa dengan situasi ini.
Ramai pesakit yang hadir ke klinik kami percaya bahawa memberus gigi sekali sehari sudah memadai. Hakikatnya, penjagaan gigi dan mulut sebenarnya lebih daripada gosok gigi!

Realitinya, mulut anda adalah pintu utama kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Menangguhkan penjagaan oral hari ini bermakna anda sedang mengundang kos rawatan gigi yang jauh lebih tinggi pada masa hadapan.
Baca : Gigi Jarang : Punca, Tanda & Rawatan di Malaysia
Rutin Harian Berus Gigi Perlu Diubah
Cabaran terbesar dalam penjagaan gigi dan mulut bukanlah ketiadaan berus gigi yang bagus, tetapi disiplin diri.
Ramai pesakit tidak menggunakan teknik memberus yang betul dan mengabaikan flos. Untuk memelihara enamel dan tulang rahang, pembersihan antara celah gigi adalah wajib (tanpa kompromi).

Apakah formula rahsia untuk gigi yang kuat dan senyuman yang menawan? Jawapannya bukanlah produk magik, tetapi konsistensi dalam asas penjagaan harian.
Cabaran sebenar rakyat kita adalah mencari keseimbangan antara komitmen kerja, gaya hidup dan meluangkan masa hanya 2 minit, dua kali sehari, untuk diri sendiri.
Kenapa Penjagaan Gigi dan Mulut Penting?
Dari sudut anatomi klinikal, penjagaan gigi dan mulut bertujuan untuk mengganggu dan menyingkirkan pembentukan biofilm (plak) pada permukaan enamel dan di bawah garis gusi.
Jika plak dibiarkan melebihi 48 jam, mineral dari air liur anda akan menukarkannya menjadi kalkulus (karang gigi) yang keras dan mustahil dibuang dengan berus gigi biasa.
Di Malaysia, kekurangan kesedaran terhadap fisiologi mulut ini menyebabkan ramai tidak peka bahawa keradangan gusi tahap awal (gingivitis) boleh melarat menjadi periodontitis, kemusnahan tulang sokongan gigi. Mengamalkan rutin yang tepat adalah langkah pencegahan barisan hadapan.
Punca Masalah Gigi dan Mulut di Malaysia
1. Kadar karies gigi masih tinggi
Secara klinikal, karies berlaku apabila bakteria dalam plak menukar gula kepada asid → enamel terhakis → kaviti terbentuk.
Situasi di Malaysia :
- Karies masih sangat prevalen dalam kalangan kanak-kanak sekolah.
- Ramai pesakit datang bila sudah sakit teruk (advanced decay).
Punca Karies Gigi :
- Snek bergula hampir setiap hari
- Tidak tahu yang kaviti awal tidak sakit tapi merosakkan gigi
- Minuman manis harian (teh tarik, sirap, air bergas, boba, kopi manis)
2. Penyakit gusi (gingivitis & periodontitis)
Secara klinikal, penyakit gusi berlaku bilamana, plak bakteria → radang gusi → pendarahan → kehilangan tulang sokongan gigi.
Situasi di Malaysia:
- Ramai anggap gusi berdarah itu normal.
- Scaling tidak dilakukan secara berkala.
Punca Penyaki Gusi :
- Kurang flossing
- Merokok & vape
- Salah faham yang karang gigi tak berbahaya
3. Diet tinggi gula
Kerosakan gigi dan mulut berlaku apabila diet anda dengan gula tinggi → asid berulang → enamel tidak sempat pulih.
Situasi Malaysia :
- Budaya “minuman manis = normal”
- Teh tarik 2–3 kali sehari
- Kuih tradisional + makanan ultra-proses
Punca Gigi Rosak :
- Gigi terdedah gula berulangkali
- Gigi tak sempat pulih dari hakisan
4. Gosok Gigi Tak Konsisten
Masalah ini seringkali terjadi apabila plak tidak dibuang → bakteria berkembang → inflamasi berterusan.
Situasi Malaysia :
- Hanya berus gigi sekali sehari
- Floss hampir tidak diamalkan
- Teknik memberus tidak betul (tidak sampai garis gusi)
5. Ada Penyakit Kronik Lain
Masih ramai yang tidak sedar bahawa masalah oral khususnya, periodontitis berkait dengan penyakit kronik lain yaqni :
- Diabetes (dua hala)
- Penyakit Jantung (keradangan sistemik)
Situasi Malaysia :
- Diabetes tinggi dalam populasi Malaysia
- Penjagaan gusi tak dipandang sebahagian rawatan diabetes
6. Kesihatan gigi kanak-kanak masih lemah
Apa yang menyedihkan adalah, ramai kanak-kanak di Malaysia alami masalah karies di usia kecil. Ini berpunca dari :
- Kurang nutrisi
- Struktur rahang
- Kurang amalan gosok gigi
- Hampir tiada pemeriksaan gigi
Situasi Malaysia:
- Susu manis dalam botol
- Memberus gigi tidak diawasi ibu bapa
- Tidur tanpa memberus gigi masih berlaku
Apa Kesan Jika Anda Abai Kesihatan Gigi dan Mulut?
Mengabaikan penjagaan asas mulut ibarat membiarkan anai-anai merosakkan struktur asas rumah anda secara senyap.
Tinjauan mendapati masalah kebersihan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak, amat membimbangkan. Pengabaian ini boleh membawa kepada karies gigi yang parah, abses (nanah), kehilangan gigi pramatang dan impak psikologi akibat nafas berbau (halitosis).
Menurut pakar pergigian tempatan, tahap kebersihan gigi yang lemah merupakan isu yang semakin meruncing di kalangan kanak-kanak.
Sebagai contoh, ibu bapa yang lalai dengan amalan memberus gigi kanak-kanak sering menjadi punca ‘karies botol susu’ berlaku pada bayi dan kanak-kanak di Malaysia.

“Tahukah anda, bayi berusia seawal 6 bulan – 2 tahun berisiko terkena karies botol susu jika mereka tidur dengan botol susu dan kerap minum susu manis & berformula.”
Kanak-kanak ini terpaksa menahan kesakitan yang melampau, mengganggu fokus pembelajaran mereka di sekolah dan dalam kes-kes mendesak, memerlukan prosedur cabutan gigi pramatang di bawah bius umum (GA) yang sebenarnya boleh dicegah.
Panduan Penjagaan Gigi dan Mulut
Kunci kepada senyuman sihat bermula dari rumah dan disokong oleh intervensi profesional. Di Aesira Dental, kami menekankan pelan penjagaan peribadi yang mudah diikuti.
Bagi memastikan anda dan keluarga berada di landasan yang betul, sila rujuk panduan visual komprehensif kami melalui poster.

Poster ini merangkumkan langkah demi langkah, dari kekerapan memberus, penggunaan ubat gigi berfluorida, hinggalah garis panduan penjagaan mengikut peringkat umur kanak-kanak dan dewasa.
Penyelesaian di klinik melibatkan:
-
Pemeriksaan Diagnostik : Penggunaan sinar-X digital untuk mengesan karies tersembunyi.
-
Scaling & Polishing : Prosedur klinikal yang commonly used untuk membuang karang gigi yang mengeras dan menghilangkan kotoran permukaan (stain).
-
Aplikasi Fluorida : Depending on severity, sapuan fluorida pekat boleh diberikan untuk menguatkan semula enamel yang lemah pada kanak-kanak dan dewasa.
Pengalaman Kami di Aesira Dental
Sebagai klinik gigi yang beroperasi di Kajang & Bangi dan disokong oleh lebih 550+ ulasan bertaraf 5 bintang, kami berhadapan dengan pesakit yang ingin mengembalikan keyakinan mereka setiap hari.

-
Kami melihat perubahan drastik pada kesihatan gusi pesakit apabila mereka mengubah teknik memberus kepada sudut 45 darjah menghala ke gusi.
-
Pemeriksaan awal amat disyorkan; kami menyarankan ibu bapa membawa bayi berusia seawal 6 bulan (apabila gigi pertama tumbuh) untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik.
-
Jagalah senyuman anda. Fungsi kunyahan dan tutur kata yang jelas sangat bergantung kepada barisan gigi yang utuh.
-
Corak gigitan setiap manusia adalah unik, sama seperti cap jari? Malah kembar seiras juga mempunyai corak pergigian yang berbeza!
“Saya sangat galakkan ibu bapa untuk bawa anak mereka buat checkup gigi seawal 6 bulan. Dari situ, kami akan kongsikan penjagaan gigi dan mulut untuk anak mereka.” – Dr. A’tikah U’zied
Soalan Lazim Penjagaan Gigi dan Mulut
1. Cukup ke kalau guna mouthwash tanpa flos?
Tidak. Ubat kumur hanya membunuh bakteria permukaan, tetapi pergeseran mekanikal dari benang flos adalah wajib untuk membuang plak degil di celah gigi.
2. Betul ke ubat gigi berfluorida bahaya untuk kanak-kanak?
Mitos. Fluorida adalah selamat dan clinically recommended oleh pakar jika digunakan mengikut kuantiti yang betul (sebesar butir beras untuk bawah 3 tahun).
3. Berapa kerap saya kena buat scaling?
Untuk individu biasa, setiap 6 bulan. Namun bagi perokok atau peminum kopi tegar, anda mungkin dinasihatkan untuk datang setiap 4 bulan.
4. Gigi boleh putih balik kalau berus kuat-kuat?
Memberus terlalu kuat akan menipiskan enamel dan menyebabkan gigi menjadi sensitif (ngilu) serta gusi menyusut. Gunakan berus bulu lembut (soft bristle).
5. Adakah gula penyebab utama gigi berlubang?
Bukan gula secara langsung, tetapi asid yang dihasilkan oleh bakteria selepas mereka memproses gula tersebut yang menghakis permukaan enamel gigi anda.
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?
Jangan tunggu sehingga anda tidak boleh tidur malam akibat sakit gigi. Anda harus segera membuat temujanji sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti :
- Gusi berdarah waktu berus gigi
- Gigi ngilu bila minum air sejuk/panas
- Bau mulut tak hilang selepas gosok gigi
Kelewatan bertindak akan menyebabkan bakteria meresap ke dalam akar saraf (pulpa), memaksa anda menjalani rawatan akar (root canal) yang lebih kompleks dan memakan belanja. Intervensi awal may help mengekalkan gigi asli anda untuk tempoh yang jauh lebih lama.
Kesimpulan
Disiplin dalam amalan penjagaan gigi dan mulut harian bukanlah satu bebanan, tetapi pelaburan jangka panjang untuk kualiti hidup anda.
Dari mengubah tabiat diet hinggalah mematuhi teknik pembersihan yang betul, kuasa pencegahan terletak di tangan anda.
Jika anda sudah lama menangguhkan pemeriksaan atau perlukan bimbingan penjagaan yang tepat, pasukan perubatan kami di Aesira Dental Kajang sentiasa bersedia menawarkan konsultasi dan rawatan yang selesa, profesional dan mampu milik.
Rujukan :
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Kesihatan Pergigian), Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG): Pengurusan Karies Gigi, 15-02-2026. Akses : https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/publication/gp-pengurusan-penyakit-kondisi-periodontium-2022.pdf
-
Journal of Clinical Periodontology, Systematic Review of Mechanical Plaque Control for the Management of Gingivitis, 10-04-2026. Akses : https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16128840/
-
Astro Awani, Masalah gigi rakyat Malaysia membimbangkan, 27-04-2023. Akses : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-gigi-rakyat-malaysia-membimbangkan-417078
-
The Star, Poor dental hygiene a growing issue among children say experts, 11-12-2025. Akses : https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/12/11/poor-dental-hygiene-a-growing-issue-among-children-say-experts
-
Portal MyHealth KKM (Seksyen Kesihatan Pergigian), Penjagaan Kesihatan Pergigian Sepanjang Hayat, 05-01-2026. Akses : https://hq.moh.gov.my/ohp/images/bahan_pendidikan/Mari-Berpantun.pdf
Penafian : Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif rawatan sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
- Penulis : Mehmed Aezhad
- Semakan : Dr. A’tikah binti U’zied
- Review Klinikal : 24 June 2026
- Reviu Seterusnya : 24 June 2027
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)
