Skip to content
Header — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira
  • Utama
  • Tentang
  • Rawatan
    Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
  • Promosi
  • FAQ
  • Blog
Temujanji
Utama Tentang
Rawatan
Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
Promosi FAQ Blog Temujanji
Kebersihan Mulut

Kanser Mulut: Punca, Simptom Awal & Solusi (Ulasan Doktor)

ByDr. A'tikah U'zied July 3, 2026July 15, 2026
  • Amalan berus gigi 2 kali sehari penting untuk kesihatan oral & gigi
  • Kanser mulut (oral cancer) adalah ketumbuhan tidak normal & berbahaya 
  • Sifatnya senyap & dianggap ulser  sebagai “biasa” boleh jadi tanda awal kanser
  • 60% kes di Malaysia dikesan lewat pada Tahap 3 & 4, menyukarkan proses rawatan 
  • Buat saringan klinikal setiap 6 bulan dengan pemeriksaan awal mengambil masa 2 minit

Bagi kebanyakan kita, ulser mulut atau “mata ikan” hanyalah gangguan kecil yang akan sembuh dengan sendirinya. Namun, jika luka tersebut masih berlarutan melebihi 2 minggu, ia tidak wajar diabaikan kerana boleh jadi kanser mulut.

Memahami Fasa Awal Kanser Mulut

Kanser mulut merujuk kepada pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal dalam rongga mulut.  Sering berkembang secara perlahan tanpa rasa sakit pada lapisan mukosa (dinding dalam mulut) yang melalui perubahan tisu seperti:

  • Leukoplakia: Tompok berwarna putih pada tisu mulut yang tidak boleh dikikis atau ditanggalkan. 
  • Erythroplakia: Tompok kemerahan yang kekal pada tisu mulut dan mudah berdarah. 
  • Ulser Kronik: Luka terbuka yang menetap dan tidak menunjukkan tanda pemulihan dalam masa 14 hari.

Walaupun terdapat mitos penggunaan listerine atau air garam akan menyebabkan ulser menjadi baik. Realitinya, ubat kumur atau air garam hanya membantu merawat ulser biasa dan tidak dapat membunuh mutasi sel kanser.

 

Mengenali Punca Kanser Mulut

Pelbagai punca menyumbang kepada berlakunya kanser mulut antaranya:

  • Faktor genetik
  • Tembakau & rokok
  • Amalan mengunyah sirih & pinang
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Jangkitan Virus Human Papillomavirus (HPV)
  • Pendedahan kepada sinar UV yang berlebihan

Kenapa Kanser Mulut Berbahaya?

Sifatnya yang senyap pada peringkat awal menjadikannya sangat berbahaya. Pada tahap 1 & 2 kanser mulut lazimnya:

  • Tidak sakit langsung
  • Kelihatan seperti ulser atau luka digigit biasa
  • Tidak menganggu aktiviti makan atau bercakap

Akibatnya, ramai pesakit menangguhkan pemeriksaan sehingga kanser melarat ke peringkat lewat (Tahap 3 & 4). Ini membawa kepada simptom seperti:

  • Sukar menelan
  • Perubahan suara
  • Susut berat badan
  • Bengkak leher

Kanser Mulut Harus diberi Perhatian

Di peringkat global, hampir 400 ribu individu didiagnosis dengan kes kanser bibir rongga dan mulut. Penyakit ini juga menduduki tangga ke-16 bagi kanser yang paling kerap didiagnosis dan ke-15 bagi punca kematian. (World Health Organization, 2022)

Manakala di Malaysia, sebanyak 61.5% kes kanser dikesan pada tahap 3 & 4. Ini menunjukkan majoriti pesakit hanya datang untuk mendapatkan rawatan selepas kanser mulut sudah merebak. (Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2017-2021)

Kenal Pasti Simptom Awal: Ulser Biasa vs Kanser Mulut

Memahami perbezaan fizikal antara ulser mulut biasa dan tanda awal kanser adalah benteng utama sebelum keadaan menjadi parah.

Ciri-Ciri Ulser Mulut Biasa Tanda Awal Kanser Mulut
Tekstur & Struktur Lembut apabila disentuh Pinggir atau dasar ulser terasa keras/pejal (indurated)
Kesakitan Sangat pedih dan sakit sejak hari pertama Biasanya langsung tidak sakit pada peringkat awal
Pendarahan Jarang berdarah kecuali jika digigit Boleh berdarah secara tiba-tiba tanpa trauma
Tempoh Masa Mengecil dan sembuh dalam 7 hingga 10 hari Menetap dan tidak sembuh melebihi 14 hari
Rupa Bentuk Luka kecil berpusat putih/kuning Luka terbuka atau tompok putih/merah yang kekal

Solusi: Langkah Penjagaan & Pencegahan Disyorkan 

Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan  Pemeriksaan Mulut Kendiri sekali seminggu berdasarkan

6 Langkah Pemeriksaan Mulut Kendiri

1. Periksa Bibir

Cermin dan lihat kawasan bibir luar serta bibir dalam perhatikan sebarang perubahan warna, rekahan kulit, atau bengkak luar biasa.

2. Periksa Gusi Depan

Tarik bibir atas ke atas dan bibir bawah ke bawah untuk memeriksa keseluruhan tisu gusi bahagian hadapan.

3. Periksa Lapisan Pipi

Tarik pipi kiri dan pipi kanan secara lembut untuk melihat lapisan dalam pipi (mukosa).

4. Periksa Lelangit

Dongakkan kepala sedikit, tekan gusi, dan periksa lapisan lelangit (bumbung mulut) dengan bantuan cahaya lampu suluh.

5. Periksa Bawah Lidah

Letakkan hujung lidah di lelangit atas, kemudian periksa kawasan lantai mulut dan tisu di bawah lidah.

6. Periksa Struktur Lidah

Keluarkan lidah sejauh mungkin, perhatikan jika ada perubahan warna, tekstur, atau ulser pada bahagian atas, tepi kiri, dan tepi kanan lidah.

Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan luar biasa semasa melakukan pemerikasaan kendiri, segera dapatkan rawatan pergigian secara klinikal.

Perubahan Gaya Hidup 

Perubahan gaya hidup yang lebih baik adalah penting untuk memastikan kesihatan mulut dan gigi yang berpanjangan. 

  • Berhenti merokok atau penggunaan vape
  • Hadkan pengambilan alkohol
  • Jauhi amalan mengunyah sirih atau pinang
  • Banyakkan mengambil makanan berserat tinggi (buah-buahan dan sayuran hijau)
  • Jaga kebersihan mulut
  • Pemeriksaan gigi secara berkala

Oleh itu, adalah penting untuk anda mendapatkan saringan pencegahan awal. Ini disokong kuat oleh komuniti penyelidikan perubatan antarabangsa.

Kajian klinikal mengesahkan bahawa pengesanan awal lesi prakanser (precancerous lesions / perubahan pada lapisan mukosa mulut) secara signifikan meningkatkan kadar kejayaan rawatan dan mengurangkan risiko kematian. (National Library of Medicine)

Pengalaman Kami di Aesira Dental

Di klinik kami yang dinilai 5 bintang dengan lebih 550+ ulasan dengan melalui pelbagai prosedur kesihatan gigi. Pemerhatian klinikal kami secara umum menunjukkan pesakit jangan takut atau ragu-ragu untuk medapatkan pemeriksaan awal.

Kanser mulut adalah penyakit yang boleh dicegah melalui saringan awal. Di Aesira Dental, kami mengamalkan pendekatan pencegahan yang komprehensif supaya pesakit bukan sahaja dapat senyuman cantik, tetapi juga ekosistem kesihatan mulut yang sihat untuk jangka panjang. Dr Atikah Uzied

1. Adakah setiap ulser dalam mulut tanda kanser?

Tidak. Kebanyakan ulser adalah jenis aphthous biasa yang sembuh sendiri. Namun, jika ulser keras, membesar, atau tidak sakit sama sekali serta melebihi 2 minggu, ia wajib diperiksa oleh doktor gigi. 

2. Boleh saya guna Listerine atau air garam untuk rawat ulser mencurigakan?

Listerine dan air garam boleh membantu mengurangkan kuman dan membantu ulser biasa sembuh. Tapi ia tidak mampu merawat atau menghentikan pertumbuhan sel kanser. 

3. Siapa yang berisiko tinggi mendapat kanser mulut?

Golongan yang berisiko tinggi menghidap kanser mulut ialah individu yang merokok, mengambil alkohol, mengunyah sirih atau pinang, berumur 40 tahun ke atas, mempunyai sejarah keluarga kanser, atau terjangkit virus HPV.

Namun ia tetap boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk golongan muda yang mengamalkan gaya hidup sihat. 

4. Adakah kanser mulut sentiasa berasa sakit?

Kanser mulut selalunya langsung tidak sakit pada peringkat awal (Tahap 1 & 2), namun rasa sakit atau berdenyut akan mula muncul pada peringkat lewat (Tahap 3 & 4) apabila ketumbuhan semakin membesar, menekan urat saraf, dan mula merebak ke kelenjar limfa leher.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mula rasa ulser atau “mata ikan” tidak hilang dalam tempoh 14 hari. Jangan panik.

Jadualkan pemerikasaan dan saringan awal di Aesira Dental Kajang hari ini untuk mengelakkan simptom bertambah rumit dan kesakitan yang berpanjangan.

Kesimpulan

Kanser mulut berkembang secara berperingkat dan senyap. Kesedaran awal dan tindakan segera melakukan saringan adalah kunci utama pencegahan. Dua minit yang anda luangkan untuk memeriksa mulut hari ini mungkin menjadi langkah yang menyelamatkan nyawa anda di masa hadapan.

Rujukan

  • BERNAMA, “Mendepani Kanser Mulut, Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia Yang Sering Diabaikan,” 30-Apr-2024. Akses: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2292675
  • Nuvastatic.my, “Statistik Kanser Di Malaysia 2023,” 01-Nov-2024. Akses: https://nuvastatic.my/statistik-kanser-di-malaysia/
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN), “Tanda-Tanda Awal Kanser Mulut: 2 Minit Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa,” 12-Mac-2026. Akses: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2026/03/12/tanda-tanda-awal-kanser-mulut-2-minit-yang-mampu-menyelamatkan-nyawa/
  • PubMed Central (NCBI), “Oral Cancer Screening and Early Detection,” PMC6291039. Akses: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6291039/
  • The Malaysian Medical Gazette, Dr Husna Razak, “Kanser Di Dalam Mulut,” 11-Sep-2018. Akses: https://www.mmgazette.com/kanser-di-dalam-mulut-dr-husna-razak/
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), “Kanser Mulut: Pencegahan dan Pengesanan Awal — Flipchart,” (t.t). Akses: https://hq.moh.gov.my/ohp/images/bahan_pendidikan/Kanser-Mulut-Flipchart.pdf
  • International Agency for Research on Cancer (IARC), Lip, Oral Cavity Fact Sheet, 2022. Akses: (https://gco.iarc.who.int/today)
  • World Health Organization (WHO), Oral Health, 18-November-2024. Akses: (https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/oral-health)
  • Ministry of Health Malaysia, Malaysia National Cancer Registry Report 2017–2021, 2024. Akses: (https://www.moh.gov.my)
  • Oral Health Programme, Ministry of Health Malaysia, Oral Cancer Awareness and Prevention, 2024. Akses: (https://ohd.moh.gov.my)
  • Department of Statistics Malaysia (DOSM), Statistics on Causes of Death, Malaysia, 2023, 31-Jul-2024. Akses: (https://www.dosm.gov.my)
  • Cancer Research Malaysia, Oral Cancer Survival and Early Detection in Malaysia, 2024. Akses: (https://cancerresearch.my)

Penafian :  Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif rawatan sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda. 

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh:

Dr. A’tikah binti U’zied.

Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)

Dr. A'tikah U'zied

Post navigation

Previous Previous
Punca Mulut Berbau & Rawatan Hilangkan Nafas Berbau (2026)
NextContinue
Klinik Gigi Invisalign di Kajang Yang Buka Sampai 9 Malam
Footer — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira

Klinik gigi moden di Kajang & Bangi. Rawatan lembut, doktor mesra kanak-kanak & pelan ansuran patuh Syariah untuk seisi keluarga.

  • 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
  • 011-5897 1137
  • Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
    Ahad: 9 pagi – 6 petang
Terma Rawatan Privasi Polisi

Rawatan

  • Clear Aligners
  • Braces
  • Crown & Bridge
  • Whitening
  • Minor Oral Surgery
  • Veneers
  • Lihat Semua Rawatan →

Klinik

  • Tentang
  • Profil Doktor
  • Promosi
  • Galeri
  • Ulasan
  • Blog
  • Karier

Bantuan

  • Buat Temujanji
  • Hubungi Kami
  • Lokasi & Peta
  • Soalan Lazim
WhatsApp Kami
© 2026 Klinik Pergigian Aesira. Hak cipta terpelihara.
  • Polisi Editorial