Rawatan Veneer Gigi
Dipercayai 600+ pesakit sejak tahun 2025.
Perubahan Senyuman Selepas Veneer

SEBELUM VENEER

SELEPAS VENEER
Apa Itu Veneer Gigi?
Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang di permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki bentuk, saiz, warna atau jarak antara gigi, bagi menghasilkan senyuman yang lebih kemas. Terdapat dua pilihan material: composite yang boleh disiapkan dalam satu lawatan, dan porcelain yang menawarkan hasil lebih tahan lama.
- Dilakukan oleh doktor gigi bertauliah
- Dua pilihan material: composite dan porcelain
- Sesuai untuk gigi depan tidak cantik, kecil, jarang atau warna tidak sekata
- Proses disesuaikan mengikut bentuk gigi semula jadi
- Hasil dinilai bersama pesakit sebelum pemasangan muktamad
Masalah Senyuman Yang Veneer Boleh Selesaikan

Gigi Depan Tidak Cantik
Bentuk atau susunan gigi depan yang tidak sekata

Gigi Kecil
Saiz gigi yang tidak seimbang dengan gigi lain

Gigi Jarang
Ruang antara gigi yang menjejaskan penampilan

Warna Gigi Tidak Sekata
Perbezaan warna antara gigi yang ketara

Senyuman Kurang Menarik
Gabungan faktor bentuk, saiz dan warna yang menjejaskan keyakinan
Kenapa Ambil Tindakan Lebih Awal
Kesan Kalau Masalah Gigi Ini Dibiarkan
Keyakinan Menurun
Bentuk atau warna gigi yang tidak sekata boleh menjejaskan keyakinan semasa senyum atau bergambar dari masa ke semasa.
Ruang Gigi Boleh Mengumpul Sisa Makanan
Gigi jarang yang dibiarkan berpotensi menyukarkan pembersihan dan mengumpulkan sisa makanan di celah gigi.
Pilihan Rawatan Mungkin Lebih Terhad Kemudian
Semakin lama masalah dibiarkan, pilihan rawatan mungkin menjadi lebih terhad berbanding jika ditangani lebih awal. Hubungi doktor untuk penilaian.
Berapa Harga Veneer Gigi?
Harga veneer bergantung kepada jenis material yang dipilih. Composite lebih ekonomik dan boleh disiapkan dalam satu lawatan, manakala porcelain menawarkan hasil yang lebih tahan lama dengan proses tambahan di makmal gigi.
| Jenis Veneer | Harga (Sebatang) |
|---|---|
| Composite Veneer | RM350 |
| Porcelain Veneer | RM950 – RM1,500 |
*Harga porcelain bergantung kepada jenis material yang dipilih
- Tiada hidden cost
- Ansuran 0% 24 Bulan
- Penerangan lengkap doktor
- Anggaran bilangan gigi ditentukan semasa pemeriksaan
Perbandingan Pilihan Material
Composite Veneer vs Porcelain Veneer
Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Pilihan terbaik bergantung kepada bajet, jangkaan hasil dan keadaan gigi anda.
| Perkara | Composite Veneer | Porcelain Veneer |
|---|---|---|
| Harga | ✓ Lebih ekonomik | Lebih tinggi |
| Tempoh siap | ✓ Boleh siap dalam 1 lawatan | Perlu proses makmal, beberapa lawatan |
| Jangka hayat | Lebih pendek berbanding porcelain | ✓ Lebih tahan lama |
| Ketahanan warna | Berpotensi berubah warna dari masa ke masa | ✓ Lebih stabil warna |
| Pembaikan | ✓ Lebih mudah dibaiki jika rosak | Biasanya perlu ganti keseluruhan |
Masih tak pasti mana sesuai? Tanya doktor gigi kami di WhatsApp atau Call.
Prosedur Veneer Gigi di Aesira Dental
Pemeriksaan & Perancangan Senyuman
Penyediaan & Pemasangan Veneer
Semakan Akhir & Nasihat Penjagaan
Kenapa Pilih Klinik Pergigian Aesira?
Operasi 9AM - 9PM
Klinik gigi lain tutup awal. Anda boleh book rawatan gigi selepas waktu bekerja! Doktor kami akan rawat anda sehingga jam 9 malam!
Tanpa Sakit, Tanpa Takut
Anda dapat rawatan gigi dengan sakit minimum dan tak perlu takut kerana doktor kami sangat lembut dalam merawat pesakit gigi.
Ansuran 0% - 24 Bulan
Pasang braces tanpa risau kos yang mahal. Bayar secara ansuran selama 2 tahun dan dapatkan rawatan dengan 0% faedah.
Doktor Gigi Sah & Dipercayai
Semua doktor gigi adalah dentist yang sah, berdaftar di bawah Malaysian Dental Council dan dipercayai warga Lembah Klang.
600+ Review 5 Star
Aesira Dental dipercayai lebih 600+ pesakit gigi di Kajang dan Bangi. Anda boleh lihat review dan perubahan hidup yang mereka alami.
Klinik Gigi Mesra Kanak-Kanak
Doktor kami pandai pujuk supaya anak anda tak menangis & takut dengan rawatan. Tiada lagi drama anak menangis waktu rawatan gigi.
Dr. A'tikah U'zied
Dental Surgeon
Dr. A’tikah U’zied merupakan doktor gigi berpengalaman dengan lebih 6 tahun dalam bidang ortodontik, estetik dan pergigian kanak-kanak.
Pendekatan beliau yang lembut dan teliti menjadikan setiap pesakit terutamanya kanak-kanak dan mereka yang cemas, berasa selesa dan selamat semasa rawatan.
Apa Kata Pesakit Kami?
Awalnya, mereka juga ragu seperti anda. Lihat perubahan hidup mereka.
Rawat Sekarang, Bayar Kemudian
Pelan Ansuran Rawatan Kami
- Sepantas 60 Saat
- Patuh Syariah & Selamat
- Ansuran Hingga 24 Bulan
- Pembiayaan Hingga RM5,000*
- Atome, SPayLater & Direct Lending
FAQ Veneer Gigi
Veneer tahan berapa lama?
Composite veneer biasanya bertahan beberapa tahun, manakala porcelain veneer boleh bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul. Jangka hayat sebenar bergantung kepada penjagaan harian dan pemeriksaan berkala bersama doktor.
Veneer rosakkan gigi?
Proses pemasangan veneer melibatkan sedikit penggilingan permukaan gigi asal, terutamanya untuk porcelain. Doktor akan terangkan proses ini dengan lengkap semasa konsultasi supaya anda faham apa yang terlibat sebelum membuat keputusan.
Mana lebih baik, composite atau porcelain?
Composite lebih ekonomik dan siap dalam 1 lawatan; porcelain lebih tahan lama dan stabil warnanya. Pilihan terbaik bergantung kepada bajet, jangkaan hasil dan keadaan gigi anda — doktor akan bantu anda tentukan semasa konsultasi.
Boleh makan macam biasa selepas veneer?
Selepas veneer stabil, kebanyakan pesakit boleh makan seperti biasa. Doktor mungkin nasihatkan elak makanan yang sangat keras atau melekit untuk memanjangkan jangka hayat veneer.
Berapa batang veneer yang perlu dibuat?
Bilangan gigi yang memerlukan veneer berbeza mengikut individu, bergantung kepada kawasan senyuman yang ingin diperbaiki. Doktor akan cadangkan bilangan yang sesuai semasa pemeriksaan.
Lokasi Klinik Pergigian Aesira
- 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
- 011-5897 1137
-
Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
Ahad: 9 pagi – 6 petang