Karies Gigi (Gigi Berlubang)
Dipercayai 600+ pesakit sejak tahun 2025.
Apa Itu Karies Gigi?
Karies gigi ialah kerosakan pada permukaan gigi akibat asid yang dihasilkan bakteria plak, yang lama-kelamaan membentuk lubang pada enamel dan lapisan dalam gigi. Ia biasanya bermula sebagai bintik kecil berwarna gelap sebelum berkembang jadi lubang yang lebih dalam dan menyakitkan.
Tanda & Simptom Jika Karies Gigi Dibiarkan

Gigi Berlubang
Gigi berlubang yang kelihatan atau boleh dirasai dengan lidah

Gigi Berdenyut
Gigi berdenyut, terutama selepas makan atau minum

Gigi Hitam Berlubang
Gigi hitam berlubang pada permukaan yang kelihatan

Lubang Gigi Kecil
Lubang gigi kecil yang mungkin belum menyakitkan lagi
Kesan Jika Karies Gigi Dibiarkan
Denyut Boleh Sampai Ke Saraf
Lubang kecil yang tidak dirawat berpotensi merebak lebih dalam sehingga menyentuh saraf gigi, menyebabkan kesakitan yang lebih teruk dan berterusan.
Kos Rawatan Berpotensi Meningkat
Semakin lama karies dibiarkan, rawatan yang diperlukan berpotensi jadi lebih kompleks , daripada tampalan mudah kepada rawatan saluran akar atau cabutan.
Jangkitan Boleh Merebak
Karies yang teruk berpotensi menyebabkan jangkitan merebak ke gusi atau kawasan sekitar gigi yang terjejas.
Bila Perlu Jumpa Doktor Gigi?
Jumpa doktor gigi segera jika anda alami:
- Denyut yang berterusan atau bertambah teruk
- Gigi yang semakin sensitif terhadap panas, sejuk atau manis
- Lubang yang kelihatan semakin membesar
- Bau mulut yang tidak hilang berkaitan gigi tertentu
Simptom di atas tak semestinya bermakna keadaan anda teruk, tapi diagnosis tepat dan pemeriksaan hanya boleh dibuat oleh doktor gigi.
Jenis Rawatan Untuk Karies Gigi
Kenapa Pilih Klinik Pergigian Aesira?
Operasi 9AM - 9PM
Klinik gigi lain tutup awal. Anda boleh book rawatan gigi selepas waktu bekerja! Doktor kami akan rawat anda sehingga jam 9 malam!
Tanpa Sakit, Tanpa Takut
Anda dapat rawatan gigi dengan sakit minimum dan tak perlu takut kerana doktor kami sangat lembut dalam merawat pesakit gigi.
Ansuran 0% Hingga 24 Bulan
Pasang braces tanpa risau kos yang mahal. Bayar secara ansuran selama 2 tahun dan dapatkan rawatan dengan 0% faedah.
Doktor Gigi Sah & Dipercayai
Semua doktor gigi adalah dentist yang sah, berdaftar di bawah Malaysian Dental Council dan dipercayai warga Lembah Klang.
600+ Review 5 Star
Aesira Dental dipercayai lebih 600+ pesakit gigi di Kajang dan Bangi. Anda boleh lihat review dan perubahan hidup yang mereka alami.
Klinik Gigi Mesra Kanak-Kanak
Doktor kami pandai pujuk supaya anak anda tak menangis & takut dengan rawatan. Tiada lagi drama anak menangis waktu rawatan gigi.
Dr. A'tikah U'zied
Dental Surgeon
Dr. A’tikah U’zied merupakan doktor gigi berpengalaman dengan lebih 6 tahun dalam bidang ortodontik, estetik dan pergigian kanak-kanak.
Pendekatan beliau yang lembut dan teliti menjadikan setiap pesakit terutamanya kanak-kanak dan mereka yang cemas, berasa selesa dan selamat semasa rawatan.
Masalah Berkaitan
FAQ Karies Gigi
Karies gigi sakit ke bila ditampal?
Prosedur tampalan biasanya selesa, dengan bius tempatan digunakan jika kerosakan lebih dalam. Sedikit sensitiviti mungkin dirasai selepas rawatan, dan ini biasanya reda dalam masa singkat.
Berapa lama rawatan tampal gigi untuk karies mengambil masa?
Kebanyakan kes karies peringkat awal boleh ditampal dalam satu lawatan sahaja, biasanya mengambil masa 30 minit hingga sejam bergantung saiz lubang.
Bagaimana saya tahu jika karies saya sudah sampai ke saraf gigi?
Denyut yang berterusan, kesakitan yang teruk pada waktu malam, atau gigi yang sangat sensitif terhadap panas boleh jadi tanda jangkitan sudah sampai ke saraf, ini memerlukan pemeriksaan segera untuk tentukan sama ada rawatan saluran akar diperlukan.
Bolehkah karies gigi peringkat awal pulih sendiri tanpa rawatan?
Bintik awal (white spot) yang belum jadi lubang kadang boleh dibantu dengan fluorida dan penjagaan gigi yang lebih baik, tetapi lubang yang sudah terbentuk tidak boleh pulih sendiri dan memerlukan rawatan tampalan.
Macam mana nak elak karies gigi berulang selepas ditampal?
Gosok gigi dua kali sehari, kurangkan pengambilan gula, dan buat pemeriksaan gigi berkala setiap 6 bulan membantu kesan sebarang tanda karies baru pada peringkat awal.
Lokasi Klinik Pergigian Aesira
- 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
- 011-5897 1137
-
Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
Ahad: 9 pagi – 6 petang