Gigi Sensitif (Ngilu)
Dipercayai 600+ pesakit sejak tahun 2025.
Apa Itu Gigi Sensitif?
Gigi sensitif ialah rasa ngilu atau tidak selesa pada gigi apabila terdedah kepada makanan atau minuman yang sejuk, panas, atau manis, biasanya berlaku apabila enamel yang melindungi gigi menjadi haus atau gusi berkecut, mendedahkan lapisan dalam gigi (dentin) yang lebih sensitif kepada rangsangan luar.
Tanda & Simptom Gigi Sensitif

Ngilu Bila Sejuk
Rasa ngilu atau tidak selesa apabila makan atau minum sesuatu yang sejuk atau berais.

Ngilu Bila Manis
Gigi terasa sensitif dan tidak selesa apabila makan makanan atau minuman yang manis.

Tidak Selesa Bila Gosok Gigi
Rasa tidak selesa atau sedikit ngilu pada bahagian tertentu semasa memberus gigi.
Kesan Jika Gigi Sensitif Dibiarkan
Sensitiviti Berpotensi Bertambah Teruk
Tanpa rawatan, kawasan gigi yang terdedah berpotensi jadi lebih sensitif dari semasa ke semasa. Penilaian awal doktor boleh membantu tentukan pilihan yang paling sesuai.
Tabiat Makan Berpotensi Terjejas
Ramai pesakit mula mengelak makanan atau minuman tertentu akibat ngilu, yang berpotensi menjejaskan pemakanan dan kualiti hidup harian.
Punca Asal Mungkin Tidak Dirawat
Ngilu yang dibiarkan tanpa penilaian bermakna punca sebenar — sama ada enamel haus, gusi berkecut, atau lubang kecil — tidak dirawat pada akar masalahnya.
Bila Perlu Jumpa Doktor Gigi?
Dapatkan pemeriksaan jika anda mengalami:
- Ngilu yang berterusan walau selepas guna ubat gigi sensitif
- Ngilu yang bertambah teruk dari semasa ke semasa
- Ngilu disertai kesakitan atau denyut
- Ngilu pada satu gigi sahaja secara konsisten
Setiap kes gigi sensitif berbeza dari segi punca dan tahap sensitiviti, doktor akan tentukan pilihan rawatan paling sesuai selepas pemeriksaan.
Jenis Rawatan Untuk Gigi Sensitif
Fluoride Treatment
Sapuan fluorida profesional menguatkan lapisan enamel dan mengurangkan sensitiviti secara berkesan.
Dental Filling
Jika enamel haus atau terdapat lubang kecil yang menjadi punca ngilu, tampalan boleh mengembalikan perlindungan pada lapisan dalam gigi.
Root Canal Treatment
Pilihan terakhir sahaja, rawatan saluran akar hanya dipertimbangkan apabila punca sensitiviti telah mencapai saraf gigi dan rawatan lain tidak lagi mencukupi.
Kenapa Pilih Klinik Pergigian Aesira?
Operasi 9AM - 9PM
Klinik gigi lain tutup awal. Anda boleh book rawatan gigi selepas waktu bekerja! Doktor kami akan rawat anda sehingga jam 9 malam!
Tanpa Sakit, Tanpa Takut
Anda dapat rawatan gigi dengan sakit minimum dan tak perlu takut kerana doktor kami sangat lembut dalam merawat pesakit gigi.
Ansuran 0% Hingga 24 Bulan
Pasang braces tanpa risau kos yang mahal. Bayar secara ansuran selama 2 tahun dan dapatkan rawatan dengan 0% faedah.
Doktor Gigi Sah & Dipercayai
Semua doktor gigi adalah dentist yang sah, berdaftar di bawah Malaysian Dental Council dan dipercayai warga Lembah Klang.
600+ Review 5 Star
Aesira Dental dipercayai lebih 600+ pesakit gigi di Kajang dan Bangi. Anda boleh lihat review dan perubahan hidup yang mereka alami.
Klinik Gigi Mesra Kanak-Kanak
Doktor kami pandai pujuk supaya anak anda tak menangis & takut dengan rawatan. Tiada lagi drama anak menangis waktu rawatan gigi.
Dr. A'tikah U'zied
Dental Surgeon
Dr. A’tikah U’zied merupakan doktor gigi berpengalaman dengan lebih 6 tahun dalam bidang ortodontik, estetik dan pergigian kanak-kanak.
Pendekatan beliau yang lembut dan teliti menjadikan setiap pesakit terutamanya kanak-kanak dan mereka yang cemas, berasa selesa dan selamat semasa rawatan.
Masalah Berkaitan
FAQ Gigi Sensitif
Ubat gigi sensitif cukup ke, atau kena jumpa doktor?
Ubat gigi sensitif membantu untuk kes ringan, tetapi jika ngilu berterusan lebih 2 minggu atau bertambah teruk, pemeriksaan diperlukan untuk kenal pasti punca sebenar dan tentukan rawatan yang paling sesuai.
Kenapa gigi saya ngilu bila makan aiskrim tapi tak sakit masa lain?
Ini biasanya tanda enamel yang haus atau gusi yang berkecut sedikit, mendedahkan lapisan dalam gigi (dentin) kepada suhu sejuk — pemeriksaan boleh mengesahkan punca dan tentukan pilihan rawatan yang sesuai.
Sapuan fluorida sakit ke?
Tidak — sapuan fluorida ialah prosedur pantas dan tidak menyakitkan, biasanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan boleh dilakukan semasa sesi pemeriksaan berkala.
Gigi sensitif ni tanda gigi berlubang ke?
Tidak semestinya — ngilu boleh disebabkan enamel haus, gusi berkecut, atau tabiat gosok gigi terlalu kuat, bukan hanya gigi berlubang. Pemeriksaan diperlukan untuk kenal pasti punca sebenar dengan tepat.
Berapa kerap boleh buat sapuan fluorida untuk gigi sensitif?
Kekerapan bergantung tahap sensitiviti anda — doktor akan cadangkan jadual yang sesuai, biasanya digabungkan dengan pemeriksaan berkala untuk pantau perkembangan.
Lokasi Klinik Pergigian Aesira
- 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
- 011-5897 1137
-
Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
Ahad: 9 pagi – 6 petang