Rawatan Gigi Bridge Kajang: Lebih Selesa & Dibuka Hingga 9PM
- Gantian gigi kekal untuk mengisi ruang gigi yang hilang.
- Berpunca akibat karies (gigi reput), penyakit gusi, atau gigi patah.
- Bantu pulihkan senyuman, fungsi kunyahan, dan keseimbangan gigitan.
- Fahami prosedur untuk rawatan selesa & elak komplikasi pergerakan gigi.
- Dapatkan pemeriksaan di Aesira Dental Clinic. Beroperasi hingga 9 malam.
Gigi Hilang Bukan Sekadar Masalah Penampilan
Kehilangan sebatang gigi kelihatan tidak serius jika berada di bahagian belakang dan tidak sakit. Namun, ruang kosong ini akan mencetuskan pergerakan struktur mulut.
Gigi bersebelahan akan mula condong ke ruang kosong, manakala gigi bertentangan pula akan memanjang ke bawah atau ke atas (over-erupt) kerana tiada pasangan gigitan.
Oleh itu, ada pesakit yang menangguhkan rawatan kerana takut sakit, bimbang tentang kos atau tidak pasti sama ada perlu memilih bridge, implan atau gigi palsu.
“Rawatan gigi bridge bukan sekadar menutup ruang kosong. Gigi penyokong, gusi, tulang dan gigitan perlu dinilai supaya restorasi boleh berfungsi dengan baik dan lebih mudah dijaga.” — Dr Shakir Salleh (Doktor Gigi Aesira Dental)
Apakah Gigi Bridge?
Gigi bridge (jambatan gigi) ialah gigi palsu tetap yang digunakan untuk menggantikan satu atau beberapa batang gigi yang telah hilang. Prosedur ini dinamakan “bridge” kerana ia merapatkan jurang yang terbentuk akibat kehilangan gigi tersebut dengan menggunakan crown pada gigi bersebelahan sebagai penyokong.
Bridge konvensional biasanya mempunyai:
- Crown pada gigi penyokong pertama (abutment);
- gigi tiruan (pontic) di tengah; dan
- crown pada gigi penyokong kedua.
Semua bahagian tersebut disambungkan sebagai satu struktur dan dilekatkan pada gigi secara kekal. Pesakit tidak perlu mengeluarkannya ketika tidur.
Namun begitu, kebersihan gigi diutamakan dengan menggunakan alat khas seperti super floss, floss threader atau berus interdental.

Fahami Perbezaan Bridge, Implan atau Gigi Palsu?
- Gigi bridge: Gantian tetap yang biasanya disokong oleh gigi bersebelahan.
- Implan gigi: Gantian yang disokong oleh komponen dalam tulang rahang.
- Gigi palsu: Gantian boleh tanggal untuk satu, beberapa atau semua gigi.
Tiada satu rawatan yang sesuai untuk semua pesakit. Pemilihan perlu mengambil kira tulang, gusi, gigi bersebelahan, kesihatan keseluruhan, tempoh rawatan dan kemampuan kewangan.
Kenapa Anda Perlukan Gigi Bridge?
1. Gigi berlubang yang terlalu rosak
Karies berlaku apabila bakteria menggunakan gula dan menghasilkan asid yang merosakkan gigi. Jika dibiarkan, kerosakan boleh menyebabkan sakit, kesukaran makan dan kehilangan gigi.
2. Penyakit gusi
Periodontitis boleh merosakkan tulang dan ligamen yang menyokong gigi. Pada tahap lanjut, gigi menjadi longgar dan mungkin tercabut atau perlu dicabut.
3. Gigi patah atau retak
Kemalangan, kecederaan sukan, menggigit ais atau mempunyai tampalan yang besar boleh menyebabkan gigi patah sehingga tidak lagi boleh dipulihkan.
4. Gigi tidak tumbuh sejak lahir
Sesetengah individu tidak mempunyai benih bagi satu atau beberapa gigi kekal. Bridge boleh dipertimbangkan selepas kedudukan gigi dan pertumbuhan rahang dinilai.
5. Rawatan lama gagal
Gigi dengan karies berulang, jangkitan akar atau struktur yang terlalu sedikit mungkin akhirnya memerlukan cabutan.

Bagaimana Kehilangan Gigi Boleh Berlaku?
- Diet & Minuman Manis: Amalan kerap menghirup kopi manis menyebabkan gigi terdedah kepada asid dan gula berulang kali, yang mencetuskan karies (gigi reput).
- Makan Lewat Malam & Tabiat Tidur: Sering makan dan terus tidur tanpa memberus gigi membiarkan plak serta sisa makanan merosakkan enamel sepanjang malam.
- Kesibukan & Pengabaian Kebersihatan Ruang Gigi: Jadual kerja padat menyebabkan temujanji gigi tertangguh. Manakala penggunaan berus biasa sahaja tanpa flos membiarkan karies celah gigi melarat hingga gigi perlu dicabut.
- Faktor Genetik: Struktur enamel yang nipis atau susunan gigi keturunan mempengaruhi risiko kerosakan, namun penjagaan harian tetap menjadi penentu utama.
Tanda Anda Memerlukan Pemeriksaan Gigi Bridge
Berikut adalah tanda-tanda anda mungkin memerlukan pemeriksaan gigi bridge:
- Masalah Struktur: Terdapat ruang kosong yang jelas, atau baki akar daripada gigi patah.
- Ketidakselesaan Fungsi: Sukar mengunyah, makanan sering terselit, atau pertuturan berubah.
- Isu Kesihataan Gusi/Gigi: Gusi bengkak/berdarah, gigi bersebelahan mula condong, atau nafas berbau yang berterusan.
Sekiranya soket ini dibiarkan kosong, kelak akan menyebabkan:
- Gigi Bergerak: Gigi sebelah mula condong dan gigi bertentangan memanjang ke ruang kosong.
- Tekanan Berlebihan: Gigi lain terpaksa menanggung beban kunyahan, meningkatkan risiko haus atau retak.
- Tulang Rahang Menyusut: Isipadu tulang rahang berkurang dari semasa ke semasa, menyukarkan rawatan pada masa hadapan.
Nasihat klinikal : Tidak semua gigi hilang perlu diganti serta-merta, tetapi pemeriksaan awal membantu anda memahami kesan menangguhkan rawatan.

Prosedur Rawatan Gigi Bridge
Berikut adalah prosedur rawatan gigi bridge mengikut fasa:
1. Sebelum Rawatan (Fasa Pemeriksaan)
- Pemeriksaan Klinikal & X-Ray: Doktor buat pemeriksaan dan imbasan X-ray bagi mengenalpasti struktur gigi serta membuat rawatan awal seperti masalah. karies/gusi, sebelum perancangan rawatan dimulakan.
2. Semasa Rawatan (Fasa Prosedur & Pemasangan)
- Penyediaan Gigi Bersebelahan (Abutment): Kawasan rawatan dibius setempat. Sedikit lapisan enamel pada gigi penyokong dibuang dan dibentuk supaya ada ruang untuk meletakkan crown.
- Pemasangan Bridge Sementara: Bridge sementara dipasang bagi melindungi gigi yang telah dibentuk sepanjang tempoh makmal menyiapkan bridge kekal.
- Ujian Fitting & Placement: Bridge sementara ditanggalkan, doktor memeriksa warna, bentuk, sentuhan, gigitan dan kesesuaian pada gusi sebelum bridge dilekatkan.
3. Selepas Rawatan (Fasa Penjagaan & Pemulihan)
- Fasa Pemulihan Awal: Gusi mungkin terasa sedikit sensitif atau lembut (tender) untuk beberapa hari pertama, namun proses penyesuaian (settling) berlaku dengan cepat.
- Jangka Masa Pemulihan: Kebanyakan pesakit akan kembali berasa normal dan selesa sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Pengalaman di Aesira Dental
Di Aesira Dental, kami melihat sendiri bagaimana prosedur gigi bridge berjaya mengembalikan fungsi kunyahan dan estetika wajah pesakit yang kehilangan gigi.
Bagi memastikan gigi bridge ini tahan lama, penjagaan kebersihan adalah sangat kritikal:
- Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan teknik yang betul.
- Wajib gunakan flos khas untuk membersihkan sisa makanan di bawah gigi tiruan (pontic).
Tips Tambahan Kesayangan Anda:
Amalan menjaga kesihatan mulut bermula sejak kecil. Bawa anak anda berjumpa doktor gigi seawal usia 6 bulan atau sebaik sahaja gigi pertama mereka mula tumbuh.
Soalan Berkaitan Gigi Bridge Kami Terima
1. Berapa lama gigi bridge boleh bertahan?
Tempohnya sehingga 10 atau lebih namun berbeza bagi setiap pesakit. Kebersihan, daya gigitan, bahan dan keadaan gigi penyokong mempengaruhi ketahanannya.
2. Mana lebih sesuai, bridge atau implan?
Ia bergantung pada gigi, gusi, tulang, tempoh rawatan dan bajet.
3. Adakah bridge nampak seperti gigi asli?
Bridge boleh direka menyerupai warna dan bentuk gigi bersebelahan. Hasilnya bergantung pada bahan dan keadaan gusi.
4. Berapakah harga gigi bridge di Kajang?
Kos bergantung pada bilangan unit, bahan dan rawatan tambahan. Pemeriksaan diperlukan untuk anggaran lebih tepat. Baca: Prosedur Crown & Bridge
5. Bolehkah saya datang selepas waktu kerja?
Ya. Aesira Dental beroperasi sehingga jam 9 malam mengikut jadual semasa klinik. Sahkan waktu dan kekosongan anda ketika membuat temujanji.
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?
Dapatkan pemeriksaan jika anda baru kehilangan gigi, sukar mengunyah, makanan kerap terselit, gigi mula bergerak atau ingin membandingkan bridge, implan dan gigi palsu.
Pemeriksaan awal mungkin membantu mengekalkan ruang, mengurangkan pergerakan gigi dan mengelakkan perancangan rawatan menjadi lebih kompleks.
Kenapa Kena Jumpa Doktor Gigi?
Sebab utama anda perlu berjumpa doktor gigi untuk gigi bridge:
- Pemeriksaan & Acuan Tepat: Semak akar/tulang dengan X-ray dan ambil ukuran untuk padanan selesa serta asli.
- Prosedur Selamat & Selesa: Bius setempat digunakan bagi mengelakkan sakit, jangkitan & masalah gigitan.
- Estetika Senyuman: Memperbaiki ruang kosong untuk penampilan gigi yang sepadan & senyuman menawan.
- Bahan Kukuh & Pemantauan: Menggunakan bahan gred perubatan yang tahan lama bersama penjagaan susulan.
Kesimpulan
Gigi bridge ialah pilihan gantian tetap yang membantu menutup ruang gigi hilang, memulihkan kunyahan dan memperbaiki rupa senyuman. Namun, kesesuaiannya bergantung pada gigi penyokong, gusi, tulang dan gigitan. Ia juga memerlukan pembersihan harian dan pemeriksaan berkala.
Jika anda mencari rawatan gigi bridge yang kekal selesa, nampak asli & tahan lama di Kajang sehingga malam, dapatkan pemeriksaan di Aesira Dental. Tempah pemeriksaan untuk mengetahui sama ada gigi bridge sesuai dengan keadaan dan bajet anda.
Rujukan :
- World Health Organization, “Oral Health: Questions and Answers”, 16-07-2024. Akses: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/oral-health
- World Health Organization, “Sugars and Dental Caries”, 14-08-2025. Akses: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sugars-and-dental-caries
- World Health Organization, “Oral Health Data Portal”, tarikh akses semasa. Akses: https://www.who.int/data/gho/data/themes/oral-health-data-portal
- Cochrane Oral Health, “Alveolar Ridge Preservation Techniques for Dental Implant Site Development”, 26-04-2021. Akses: https://www.cochranelibrary.com/cdsr/doi/10.1002/14651858.CD010176.pub3
- National Center for Biotechnology Information (NCBI), “Ten year survival of bridges placed in the General Dental Services in England and Wales”, 03-08-2012. Akses: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22864053/
Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif kepada rawatan sebenar. Sila dapatkan diagnosis daripada doktor gigi sebenar yang sah dan berdaftar bagi masalah gigi dan oral anda.
Artikel ini telah disahkan secara klinikal dan ditulis oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)
