Skip to content
Header — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira
  • Utama
  • Tentang
  • Rawatan
    Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
  • Promosi
  • FAQ
  • Blog
Temujanji
Utama Tentang
Rawatan
Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
Promosi FAQ Blog Temujanji
Sakit Gigi

Punca & Simptom Anda Sakit Gigi Berlubang (Ulasan Doktor)

ByDr. A'tikah U'zied July 27, 2026August 4, 2026
  • 88% penduduk Malaysia ada masalah gigi berlubang
  • Puncanya karies gigi merosot & merebak mencapai saraf gigi
  • Simptom berperingkat ikut lapisan gigi dari enamel hingga gusi
  • Jenis rawatan bergantung pada tahap kedalaman & kesakitan gigi
  • Jadualkan temujanji untuk konsultasi & rawatan tepat bagi elak komplikasi

Kenapa Tak Boleh Abai Sakit Gigi Berlubang?

Anda mungkin sedang menikmati kopi ais dan satu rasa ngilu tiba-tiba mencucuk gigi. Pada mulanya, sakit itu hilang selepas beberapa saat. Jadi, anda fikir ia hanya “gigi sensitif”. Namun, sakit gigi berlubang boleh bermula secara senyap.

Apabila lubang semakin dalam, sakit berlarutan selepas makan manis, mengganggu tidur atau membuatkan anda hanya mengunyah menggunakan sebelah mulut.

Kajian berasaskan NHMS 2019 mendapati bahawa dalam kalangan orang dewasa Malaysia yang melaporkan masalah pergigian:

Hampir 1/4 memilih rawatan sendiri. Ubat tahan sakit atau ubat gigi sensitif mungkin mengurangkan ketidakselesaan sementara, tetapi tidak membaiki struktur gigi yang telah rosak.

Oleh itu, tangguh pemeriksaan hanya beri ruang kepada bakateria terus merebak dan prosedur rawatan menjadi kompleks.

Apakah Punca Sakit Gigi Berlubang?

Sakit gigi berlubang berpunca daripada karies yang semakin hampir atau telah mencapai saraf gigi (pulpa). Secara klinikal, proses ini didorong oleh beberapa faktor utama:

1. Pengambilan gula yang kerap

Kekerapan mengambil makanan dan minuman manis menggalakkan penghasilan asid di dalam mulut 

2. Penjagaan kebersihan gigi yang lemah

Jarang memberus gigi dan tidak menggunakan flos membolehkan sisa makanan dan plak terus melekat pada celah-celah gigi 

3. Kekurangan fluorida

Fluorida membantu melindungi dan menguatkan enamel gigi. Kekurangan mineral ini mendedahkan gigi kepada risiko kerosakan 

4. Mulut kering

Air liur membantu membersihkan sisa makanan dan meneutralkan asid. Kurang air liur menyebabkan asid lebih mudah merosakkan gigi

Memetik data National Health Morbidity Survey (NHBS)  2019 yang dilaporan kan media tempatan,  menunjukkan bahawa 88% penduduk Malaysia mempunyai masalah gigi berlubang. (Astro Awani)

Baca : Nak Cabut Gigi Geraham? Ini Ulasan Dari Dr. A’tikah U’zied

Proses Berlakunya Gigi Berlubang

Kerosakan gigi tidak berlaku secara drastik dalam semalaman, sebaliknya ia melalui  fasa utama:

1. Pembentukan Plak

Bakteria bercampur dengan sisa makanan membentuk lapisan melekit pada gigi. 

2. Penghasilan Asid

Bakteria memakan gula daripada makanan lalu menghasilkan asid yang kuat. 

3. Enamel Terhakis 

Asid menghakis lapisan luar gigi (enamel) dan melarutkan mineral penting. 

4. Lubang Terbentuk

Lapisan gigi menjadi rapuh, runtuh, dan membentuk lubang kekal (kaviti).

Nota klinikal: Selepas enamel pecah, kerosakan boleh merebak ke dentin dan seterusnya ke pulpa yang mengandungi saraf serta salur darah. (World Health Organization)

Kenali Simptom Gigi Berlubang

Kenali simptom gigi berlubang mengikut tahap kerosakannya yang berkembang melalui beberapa lapisan gigi yang terjejas:

1. Peringkat Awal (Enamel)

  • Tiada Sakit: Pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang rasa sakit.
  • Tanda Visual: Kelihatan tompok putih, coklat, atau hitam pada permukaan gigi.

2. Peringkat Sederhana (Dentin)

  • Rasa Ngilu: Gigi mula sensitif atau ngilu apabila terkena makanan/minuman manis, masam, panas, atau sejuk.
  • Sakit Apabila Menggigit: Terasa ngilu atau sakit apabila mengunyah makanan pada bahagian tersebut.
  • Sisa Makanan Terperangkap: Makanan kerap terselit di dalam lubang yang semakin membesar.

3. Peringkat Teruk (Pulpa & Saraf)

  • Sakit Berdenyut: Sakit gigi yang tajam, berdenyut, dan datang secara tiba-tiba tanpa sebarang rangsangan.
  • Gangguan Tidur: Kesakitan menjadi semakin teruk pada waktu malam hingga mengganggu tidur.

4. Peringkat Jangkitan (Akar & Gusi)

  • Gusi Bengkak & Nanah: Pembentukan abses (nanah) pada gusi berdekatan gigi yang rosak.
  • Muka Bengkak & Bau Mulut: Pipi atau muka mula membengkak dan mulut berbau kurang menyenangkan akibat jangkitan bakteria.

World Health Organization (WHO) menerangkan bahawa karies yang tidak dirawat boleh menjejaskan makan, tidur, aktiviti harian dan akhirnya menyebabkan kehilangan gigi. 

Petua Klinikal : Jangan tunggu sehingga timbul rasa sakit berdenyut atau gusi membengkak. Pemeriksaan dan rawatan di peringkat awal jauh lebih mudah, cepat, dan selesa! 

Baca : Anda Tiba-Tiba Sakit Gigi Berdenyut? Ini Ulasan Doktor Kami

Kenapa Sakit Gigi Berlubang Berlaku?

1. Gaya hidup dan pemakanan harian

  • Kerap minum air manis dan makana bergula menyebabkan gigi terdedah pada serangan asid
  • Kekerapan pengambilan  gula harian mempengaruhi struktur gigi dalam keadaan terhakis. (World Health Organization)

2. Persekitaran

  • Akses kepada klinik, pengetahuan kesihatan oral, kos, waktu bekerja dan sokongan keluarga boleh mempengaruhi bila seseorang mendapatkan rawatan. 
  • Kajian Malaysia menunjukkan bahawa pendapatan, pendidikan dan lokasi bandar atau luar bandar berkait dengan corak mendapatkan rawatan pergigian. (Springer)

3. Rutin harian

  • Memberus dengan tergesa-gesa, tidak membersihkan celah gigi dan terus tidur selepas makan lewat malam membolehkan plak terus terkumpul. 
  • Ubat gigi berfluorida sekitar 1,000–1,250 ppm lebih berkesan mencegah karies berbanding ubat gigi tanpa fluorida. (Cochrane)

4. Faktor keturunan dan biologi

  • Bentuk alur gigi, susunan gigi, kuantiti air liur dan kerentanan enamel berbeza antara individu. 
  • Namun, faktor keturunan bukan alasan untuk mengabaikan pemakanan, fluorida dan pembersihan plak.

Bagaimana Merawat Sakit Gigi Berlubang?

Rawatan gigi berlubang adalah bergantung kepada tahap kedalaman dan keseriusan kerosakan gigi tersebut: 

1. Peringkat Awal (Tompok/Kerosakan Luar)

  • Rawatan Fluorida (Fluoride Treatment): Jika kerosakan masih di peringkat awal (pada enamel) dan belum menjadi lubang kekal, doktor akan menyapu gel atau lakuer fluorida berkepekatan tinggi untuk menguatkan semula mineral gigi.

2. Peringkat Sederhana (Lubang pada Enamel & Dentin)

  • Tampalan Gigi (Dental Filling): Doktor akan membersihkan bahagian gigi yang reput dan menutup lubang tersebut dengan bahan tampalan seperti composite resin (sewarna gigi) atau amalgam

Baca: Tampalan Gigi

3. Peringkat Teruk (Jangkitan Sampai Saraf / Pulpa)

  • Rawatan Salur Akar (Root Canal Treatment): Jika bakteria telah merebak ke dalam saraf dan tisu pulpa, doktor akan membersihkan tisu saraf yang dijangkiti, meletakkan ubat, dan menutup salur akar sebelum memasang korona (crown) atau tampalan khas untuk menyelamatkan gigi daripada dicabut.

Baca: Root Canal Treatment

4. Peringkat Terlampau Teruk (Struktur Gigi Musnah / Saraf Mati)

  • Cabutan Gigi (Tooth Extraction): Sekiranya struktur gigi telah rosak teruk sehingga tidak boleh ditampal atau dirawat salur akar, doktor akan mencabut gigi tersebut untuk mengelakkan jangkitan atau abses (nanah) daripada merebak ke tulang rahang dan tisu muka.

Rawatan :  Tooth Extraction (Cabut Gigi Sepantas 60 Minit)

Pemakluman: Ubat antibiotik tidak menyelesaikan masalah karies gigi. Rawatan utama seperti tampalan, rawatan salur akar, atau pencabutan mesti dilakukan terlebih dahulu. Antibiotik biasanya dipertimbangkan apabila terdapat tanda jangkitan sistemik atau merebak seperti demam dan rasa tidak sihat. (ADA)

Pada masa yang sama,  pilihan bahan dan prosedur perlu disesuaikan dengan gigi, kedalaman karies, risiko pesakit serta keutamaan bersama pesakit. (World Health Organization)

Pengalaman Kami di Aesira Dental

Ramai pesakit dewasa dan kanak-kanak hanya datang membuat pemeriksaan selepas kesakitan mengganggu tidur malam atau ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ramai yang terkejut apabila mendapati titik hitam kecil di luar sebenarnya telah merebak jauh ke dalam lapisan gigi. 

Sebagai langkah pencegahan dan tip penjagaan adalah untuk 

  • Rutin harian: Memberus 2 kali sehari dengan teknik yang betul, menggunakan ubat gigi berfluorida dan membersihkan celah gigi dengan flos.
  • Pemeriksaan awal kanak-kanak: Ibu bapa juga digalakkan membawa anak untuk pemeriksaan gigi seawal gigi pertama tumbuh (sekitar enam bulan hingga 12 bulan). (AAPD)

Pengalaman Pesakit (Ulasan Sebenar):

Had a very pleasant experience bringing my child for a tooth extraction and dental filling. Dr. Atikah was exceptionally gentle, patient, and reassuring throughout the entire procedure, which made my child feel very comfortable and less anxious. The treatment was explained clearly and carried out professionally.

The front desk staff was also very welcoming, friendly, and efficient from the moment we arrived. Her warm attitude and excellent service truly made the whole experience smooth and pleasant.

Highly recommended for parents looking for a caring and professional dental clinic for their children.” Nurul Shahira

 

Soalan Lazim Tentang Sakit Gigi Berlubang

1. Bolehkah lubang gigi pulih hanya dengan memberus?

Tidak jika kaviti fizikal sudah terbentuk. Fluorida boleh membantu mengawal atau memineralkan semula lesi yang masih sangat awal, tetapi lubang terbuka biasanya memerlukan rawatan doktor gigi.

2. Bolehkah gigi berlubang terus ditampal apabila sudah sakit?

Bergantung pada keadaan saraf. Jika pulpa masih boleh pulih, tampalan mungkin mencukupi. Sakit spontan atau berpanjangan mungkin menunjukkan keperluan rawatan akar.

3. Kenapa gigi berlubang sakit selepas minum ais atau makan manis?

Dentin yang terdedah boleh menghantar rangsangan kepada pulpa. Jika ngilu berlarutan selepas rangsangan berhenti, buat pemeriksaan dengan segera.

4. Adakah antibiotik boleh menghentikan sakit gigi berlubang?

Kebiasaannya tidak. Antibiotik tidak membuang karies atau memulihkan saraf. Ia hanya digunakan untuk keadaan tertentu selepas penilaian doktor gigi.

5. Berapakah kos tampalan gigi?

Kos bergantung pada saiz lubang, kedudukan gigi, bahan tampalan dan keperluan X-ray. Pemeriksaan diperlukan sebelum anggaran tepat dapat diberikan. Aesira Dental menyediakan pelan rawatan customise dan pilihan penjagaan yang mengambil kira keperluan serta kemampuan pesakit.

Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor Gigi?

Jika anda mengalami sakit gigi yang berlarutan lebih 1–2 hari, kerap mengganggu tidur, sakit ketika menggigit, atau rasa ngilu berpanjangan selepas minum panas/sejuk. 

Ini tanda yang wajar disemak segera, bukan ditangguhkan lagi. Menunggu lebih lama bukan sahaja memburukkan kerosakan gigi, malah meningkatkan risiko jangkitan nanah, bengkak, serta memerlukan rawatan yang lebih kompleks.

Selepas rawatan awal yang dipantau dengan baik, pesakit akan menikmati:

  • Kurang risiko jangkitan karies
  • Struktur asal gigi diselamatkan
  • Elak prosedur kompleks (cabut gigit)
  • Keselesaan mengunyah semula

Kesimpulan

Masalah sakit gigi berlubang bukan sekadar rasa ngilu biasa. Ia merupakan tanda amaran awal bahawa karies telah menembusi lapisan gigi yang lebih dalam dan mula menghampiri saraf.

Menangguhkan rawatan hanya akan memburukkan keadaan dan meningkatkan risiko komplikasi yang lebih serius. Pemeriksaan dan intervensi awal amat penting untuk menyelamatkan struktur asal gigi  serta mengelakkan prosedur yang lebih rumit.

Jom buat pemeriksaan gigi secara holistik pada harga murah dengan kami di Klinik Pergigian Aesira sekarang.

Rujukan : 

  • World Health Organization, Sugars and Dental Caries, 14-08-2025. Akses: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sugars-and-dental-caries
  • World Health Organization, WHO Guideline on Environmentally Friendly and Less Invasive Oral Health Care for Preventing and Managing Dental Caries, 05-03-2026. Akses: https://www.who.int/publications/i/item/9789240116948
  • American Dental Association, ADA Releases New Clinical Practice Guideline on Caries Restorations, 26-06-2023. Akses: https://adanews.ada.org/ada-news/2023/june/ada-releases-new-clinical-practice-guideline-on-caries-restorations/
  • Cochrane Oral Health, Fluoride Toothpastes of Different Strengths for Preventing Tooth Decay, 04-03-2019. Akses: https://www.cochrane.org/evidence/CD007868_fluoride-toothpastes-different-strengths-preventing-tooth-decay
  • BMC Oral Health, Oral Healthcare Seeking Behavior of Malaysian Adults in Urban and Rural Areas: Findings from the National Health and Morbidity Survey 2019, 05-10-2023. Akses: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10552245/
  • Sinar Harian, Masalah Gigi Rakyat Malaysia Membimbangkan, 27-04-2023. Akses: https://www.sinarharian.com.my/article/255931/berita/nasional/masalah-gigi-rakyat-malaysia-membimbangkan
  • The Star, Poor Dental Hygiene a Growing Issue Among Children, Say Experts, 11-12-2025. Akses: https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/12/11/poor-dental-hygiene-a-growing-issue-among-children-say-experts

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif rawatan sebenar. Sila dapatkan diagnosis daripada doktor gigi sebenar yang sah dan berdaftar untuk masalah gigi serta kesihatan oral anda.

Artikel ini telah disahkan secara klinikal dan ditulis oleh :

Dr. A’tikah binti U’zied.

Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)

Dr. A'tikah U'zied

Post navigation

Previous Previous
Rawatan Gigi Bridge Kajang: Lebih Selesa & Dibuka Hingga 9PM
NextContinue
Anda Tiba-Tiba Sakit Gigi Berdenyut? Ini Ulasan Doktor Kami
Footer — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira

Klinik gigi moden di Kajang & Bangi. Rawatan lembut, doktor mesra kanak-kanak & pelan ansuran patuh Syariah untuk seisi keluarga.

  • 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
  • 011-5897 1137
  • Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
    Ahad: 9 pagi – 6 petang
Terma Rawatan Privasi Polisi

Rawatan

  • Clear Aligners
  • Braces
  • Crown & Bridge
  • Whitening
  • Minor Oral Surgery
  • Veneers
  • Lihat Semua Rawatan →

Klinik

  • Tentang
  • Profil Doktor
  • Promosi
  • Galeri
  • Ulasan
  • Blog
  • Karier

Bantuan

  • Buat Temujanji
  • Hubungi Kami
  • Lokasi & Peta
  • Soalan Lazim
WhatsApp Kami
© 2026 Klinik Pergigian Aesira. Hak cipta terpelihara.
  • Polisi Editorial