Skip to content
Header — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira
  • Utama
  • Tentang
  • Rawatan
    Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
  • Promosi
  • FAQ
  • Blog
Temujanji
Utama Tentang
Rawatan
Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
Promosi FAQ Blog Temujanji
Kebersihan Mulut

Punca, Simptom & Rawatan Cabut Gigi Tanpa Sakit di Kajang

ByDr. A'tikah U'zied July 3, 2026July 15, 2026
  • Cabut gigi adalah prosedur pembuangan gigi dari tulang rahang 
  • Karang gigi, gigi berlubang teruk, jangkitan gusi antara punca gigi dicabut
  •  85.1% dewasa mempunyai sejarah karies gigi yang memelukan rawatan cabutan
  • Lakukan penjagaan awal seperti gosok gigi, guna flos dan kurang makanan manis
  • Buat pemeriksaan dan rawatan cabut gigi tanpa sakit di klinik pergigian berdekatan

Bayangkan anda duduk di kerusi klinik gigi. Bunyi alat mula kedengaran, dan satu perkara terlintas di fikiran: “Adakah gigi ini perlu dicabut?” 

Secara klinikal, prosedur ini dipanggil exodontia iaitu proses mengeluarkan gigi yang bermasalah terus dari soket tulang rahang anda. Ramai yang membayangkan kesakitan yang amat sangat. Namun, ia dilakukan dengan ubat bius supaya kawasan tersebut kebas dan anda tidak merasa sakit semasa rawatan. 

Walaupun masih ada yang beranggapan, kalau letak cengkih pada gusi boleh menggantikan rawatan cabutan. Realitinya, cengkih hanya pelega sementara kerana mengandungi agen pengebas semula jadi. Bahan atau  petua tradisional tertentu boleh membakar tisu gusi dan memburukkan lagi jangkitan kuman.

Yang penting, cabut gigi adalah langkah terakhir dan bukan pilihan pertama. Ini kerana doktor gigi sentiasa cuba menyelamatkan gigi terlebih dahulu seperti tampalan, rawatan akar, atau rawatan gusi.

Memahami Punca Perlunya Cabut Gigi

Kerosakan yang dibiarkan tanpa rawatan merupakan punca utama gigi terpaksa dicabut( Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Di Malaysia, 85.1% dewasa mempunyai sejarah karies gigi dan 28.9% daripadanya terpaksa mencabut gigi akibat kerosakan yang tidak dapat diselamatkan lagi (NOHSA,2020).  Malah, 25%  daripada kanak-kanak berumur 5 tahun di Malaysia mempunyai lebih daripada 10 batang gigi susu yang rosak.

Oleh itu, prosedur cabut gigi dilakukan untuk menghentikan jangkitan kuman, menghilangkan kesakitan, dan melindungi gigi lain yang masih sihat. 

Terdapat 5 sebab utama doktor mengesyorkan cabutan gigi:  

1. Kerosakan gigi teruk

Kaviti terlalu besar hingga struktur gigi hampir musnah. 

2. Penyakit gusi (periodontitis)

Jangkitan gusi tahap lanjut yang memusnahkan tulang dan tisu penyokong gigi menyebabkan gigi sangat longgar. 

3. Gigi bongsu terhimpit

Gigi bongsu yang tumbuh tidak normal, tersekat, senget atau menekan gigi lain yang mengakibatkan kesakitan dan bengkak.

4. Rawatan ortodontik (pendakap gigi)

Gigi dicabut untuk memberi ruang yang mencukupi untuk menyusun semula gigi yang terlalu rapat.

5. Jangkitan atau bengkak bernanah

Jangkitan kronik pada pulpa gigi atau akar yang tidak pulih walaupun setelah rawatan akar (root canal).

Kenali Simptom & Tanda-Tanda Cabut Gigi

Ramai yang menyangka sakit gigi adalah satu-satunya tanda gigi perlu dicabut. Hakikatnya, kerosakan gigi dan penyakit gusi berlaku secara berperingkat tanpa kita sedari. Jika dibiarkan daripada tanda awal yang remeh, ia boleh melarat menjadi parah sehingga struktur sokongan gigi musnah sepenuhnya.

Terdapat 3 simptom yang perlu diketahui iaitu:

1. Tanda Awal (Boleh Masih Diselamatkan)

Pada peringkat ini, gigi dan gusi anda memberikan isyarat kecemasan pertama. Jika anda bertindak cepat ke klinik, gigi masih boleh diselamatkan sepenuhnya:

  • Masalah Gusi: Gusi menjadi merah, bengkak, atau mudah berdarah terutamanya semasa memberus gigi.

  • Bau Mulut: Mengalami masalah bau mulut yang berterusan walaupun selepas menggosok gigi.

  • Gigi Sensitif: Gigi mula terasa ngilu atau sensitif terhadap makanan atau minuman panas dan sejuk.

  • Karang Gigi (Kalkulus): Kelihatan lapisan karang gigi berwarna kuning atau coklat di bahagian pangkal gigi.

2. Tanda Sederhana (Perlu Rawatan Segera)

Jika tanda awal diabaikan, jangkitan mula merebak lebih dalam ke tisu gusi dan struktur tulang. Gigi anda kini memerlukan rawatan klinikal dengan kadar segera sebelum terlambat:

  • Gigi Longgar: Gigi mula terasa goyang atau tidak kukuh. Apabila dibiarkan akan melarat menjadi periodontis.

  • Sakit Gigi Berdenyut: Mengalami sakit gigi yang berdenyut, terutamanya pada waktu malam.

  • Gusi Berundur (Receding Gums): Paras gusi semakin menurun menyebabkan gigi kelihatan lebih panjang.

  • Bengkak/Bernanah: Terdapat bengkak atau takungan nanah di sekitar kawasan gigi.

3. Tanda Teruk (Risiko Tinggi Perlu Cabut Gigi)

Pada tahap ini, peluang untuk menyelamatkan gigi adalah sangat tipis dan tindakan cabutan selalunya menjadi jalan terakhir untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian muka yang lain:

  • Gigi Goyang Teruk: Gigi menjadi terlalu goyang sehingga menjejaskan fungsi untuk mengunyah makanan.

  • Abses Berulang: Masalah bengkak berisi nanah (abses) yang berlaku secara berulang-ulang.

  • Penyusutan Tulang Rahang: Kehilangan atau penyusutan tulang rahang secara ketara yang boleh dilihat melalui imej x-ray.

  • Kerosakan Akar: Gigi berlubang besar sehingga ke bahagian akar, menyebabkan ia tidak lagi boleh ditampal atau dirawat akar.

 

 

Penjagaan Segera Selepas Cabut Gigi (24 – 48 Jam)

Penjagaan awal dalam tempoh 24-48 jam pertama sangat penting bagi mengelakkan pendarahan, jangkitan atau dry socket. Sila patuhi langkah berikut:

1. Gigit kain kasa (gauze)

Gigit gauze selama 30–45 minit hingga darah berhenti.

2. Jangan meludah atau berkumur kuat

Telan air liur seperti biasa. Elakkan straw kerana boleh menanggalkan darah beku.

3. Makan makanan lembut

Pilih bubur, yogurt, sup suam atau aiskrim. Elakkan makanan panas, pedas dan keras.

4. Tuam ais

Letak pek ais pada pipi selama 10–15 minit secara berkala untuk kurangkan bengkak.

5. Ambil ubat ikut arahan

Makan ubat tahan sakit atau antibiotik mengikut dos yang diberi doktor gigi.

Solusi: 5 Langkah Pencegahan Harian untuk Menjaga Kesihatan Gigi dan Mulut

Sebahagian besar masalah ini boleh dicegah dan dirawat jika ditangani awal antaranya:

1. Gunakan Berus Berbulu Lembut

Memberus dengan bulu lembut dapat membersihkan kotoran dan plak dengan berkesan tanpa merosakkan gusi serta enamel gigi.

2. Berus Gigi Dua Kali Sehari (Teknik Bass)

Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pagi dan malam) selama 2 minit dengan kedudukan berus bersudut 45° pada gusi.

3. Floss Sekali Sehari

Gunakan flos gigi sekali sehari untuk membersihkan plak dan sisa makanan di celah gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi biasa.

4. Kurangkan Makanan Manis & Minuman Bergas

 Kandungan gula dan asid boleh menyebabkan kerosakan gigi serta meningkatkan risiko terjadinya kaviti (gigi berlubang).

5. Berhenti Merokok

Tabiat merokok boleh merosakkan gusi, menyebabkan masalah bau mulut, dan meningkatkan risiko penyakit mulut serta kanser.

Cabut gigi adalah rawatan rutin tetapi memerlukan pengalaman yang berbeza. Risiko komplikasi seperti pendarahan, jangkitan, dan kerosakan saraf (terutama gigi bongsu bawah) boleh dikurangkan dengan teknik betul dan penjagaan selepas. (Sumber National Library of Medicine, 2023)

 

Pengalaman Kami di Aesira Dental

Di klinik kami yang dinilai 5 bintang dengan lebih 550+ ulasan dan pengalaman pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan gigi.

Pengalaman sebenar pesakit kami:

I had a very good experience with Dr. Puan Atika. She was very nice, polite, and professional throughout the treatment. She treated my mother’s tooth extraction very carefully and made sure my mother was comfortable during the procedure… The clinic staff were also very friendly, helpful, and welcoming. Overall, it was a pleasant experience and we highly recommend Dr. Puan Atika…” Ruberni Ruby, Google Review

1. Adakah cabut gigi sakit?

Prosedur cabut gigi tidak sakit kerana doktor akan berikan suntikan bius  (kebas). Anda mungkin terasa sedikit tekanan, tetapi tidak akan berasa sakit semasa prosedur. Selepas kebas hilang, doktor akan preskripkan ubat tahan sakit jika diperlukan.

2. Bolehkah karang gigi menyebabkan gigi perlu dicabut?

Ya, karang gigi yang dibiarkan lama boleh menyebabkan jangkitan gusi kronik (periodontitis) yang merosakkan tulang penyangga, sekali gus membuatkan gigi menjadi goyang dan terpaksa dicabut.

3. Adakah perokok lebih berisiko kena cabut gigi?

Ya, perokok mempunyai risiko dua kali lebih tinggi untuk kehilangan gigi berbanding bukan perokok kerana kandungan kimia seperti nikotin dan tar merosakkan tisu gusi, melemahkan sistem imun mulut, serta melambatkan proses penyembuhan luka.

4. Apa yang berlaku jika gigi yang dicabut tidak diganti?

Jika gigi yang dicabut tidak diganti, gigi bersebelahan dan gigi bertentangan akan beralih ke ruang kosong manakala tulang rahang pula akan menyusut

Ini sekali gus menjejaskan fungsi kunyahan, pertuturan, penampilan, serta memerlukan pilihan penggantian seperti implan, jambatan gigi, atau gigi palsu (denture).

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?

Adakah anda mula berasa tidak selesa di bahagian mulut, atau mendapati gigi mula bergoyang?

Menangguhkan pemeriksaan doktor gigi hanya akan mengakibatkan kesakitan yang berpanjangan. Jangan tunggu sehingga melarat, hubungi segera Aesira Dental  untuk untuk slot janji temu anda!

Dapatkan rawatan cabut gigi tanpa sakit hari ini.

Kesimpulan

Cabut gigi selalunya berlaku apabila masalah dibiarkan terlalu lama seperti karang gigi tidak dibersihkan, gigi berlubang tidak ditampal, gusi berdarah tidak dirawat, atau tabiat merokok diteruskan.

Namun, semua ini boleh dicegah jika dirawat awal. Pemeriksaan berkala, scaling dan nasihat doktor gigi boleh membantu menyelamatkan gigi sebelum terlambat

Kesihatan gigi bukan kemewahan. Ia sebahagian daripada kesihatan tubuh anda.

Rujukan

  • Kementerian Kesihatan Malaysia, “Perkhidmatan Pergigian oleh KKM”, 2023. Akses: https://www.malaysia.gov.my/my/categories/kesihatan/kesihatan-gigi
  • BMC Oral Health, “Modelling the national economic burden of non-surgical periodontal management in specialist clinics in Malaysia using a Markov model”, 18-Mac-2024. Akses: https://bmcoralhealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12903-024-04094-z
  • PubMed Central / BMC Oral Health, “Demographic and socioeconomic inequalities in oral healthcare utilisation in Malaysia: evidence from a national survey”, 19-Jan-2021. Akses: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7816410/
  • PubMed Central / BMC Oral Health, “Oral healthcare seeking behavior of Malaysian adults in urban and rural areas: findings from the National Health and Morbidity Survey 2019”, 05-Okt-2023. Akses: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC10552245/
  • BMC Oral Health, “Assessing the impact of systemic conditions on periodontal health in Malaysian population: a retrospective study”, 01-Nov-2024. Akses: https://bmcoralhealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12903-024-05102-y
  • StatPearls / National Library of Medicine, “Oral Surgery, Extraction of Teeth”, 2023. Akses: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK589654/
  • World Health Organization, “Oral Health”, 2023. Akses: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/oral-health
  • Kementerian Kesihatan Malaysia, “Fact Sheet – National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020”, 2020. Akses: https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/4.-penyelidikan-kesihatan-pergigian/fact-sheet-nohsa-2020.pdf
  • The Malaysian Medical Gazette, “Kenapa Gigi Anak Saya Rongak? – Dr Husna Razak”. Akses: https://www.mmgazette.com/kenapa-gigi-anak-saya-rongak-dr-husna-razak/
  • Sinar Harian, “Budak 4 Tahun Terpaksa Dicabut Semua Gigi”. Akses: https://www.sinarharian.com.my/article/654803/edisi/selangor-kl/budak-4-tahun-terpaksa-dicabut-semua-gigi

Penafian :  Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif rawatan sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda. 

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh:

Dr. A’tikah binti U’zied.

Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)

 

Dr. A'tikah U'zied

Post navigation

Previous Previous
Klinik Gigi Kanak Kanak Kajang (Scaling, Cabut Gigi & Fluorida)
NextContinue
Punca Mulut Berbau & Rawatan Hilangkan Nafas Berbau (2026)
Footer — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira

Klinik gigi moden di Kajang & Bangi. Rawatan lembut, doktor mesra kanak-kanak & pelan ansuran patuh Syariah untuk seisi keluarga.

  • 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
  • 011-5897 1137
  • Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
    Ahad: 9 pagi – 6 petang
Terma Rawatan Privasi Polisi

Rawatan

  • Clear Aligners
  • Braces
  • Crown & Bridge
  • Whitening
  • Minor Oral Surgery
  • Veneers
  • Lihat Semua Rawatan →

Klinik

  • Tentang
  • Profil Doktor
  • Promosi
  • Galeri
  • Ulasan
  • Blog
  • Karier

Bantuan

  • Buat Temujanji
  • Hubungi Kami
  • Lokasi & Peta
  • Soalan Lazim
WhatsApp Kami
© 2026 Klinik Pergigian Aesira. Hak cipta terpelihara.
  • Polisi Editorial