Klinik Gigi Kanak Kanak Kajang (Scaling, Cabut Gigi & Fluorida)
-
- Masalah gigi kanak-kanak semakin membimbangkan seusia pra-sekolah
- Punca utama pengambilan makanan manis dan penjagaan gigi tidak konsisten
- 71.3% kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan mempunyai pengalaman karies gigi
- Dapatkan rawatan pergigian kanak-kanak melalui kaedah scaling, cabut dan flourida
- Galakkan membawa anak ke klinik gigi seawal gigi pertama tumbuh atau sebelum usia 12 bulan
Setiap kali melihat kanak-kanak kecil mengalami gigi rosak, berlubang atau hitam di bahagian depan, pasti ramai ibu bapa tertanya-tanya: adakah ini normal, atau tanda penjagaan gigi anak perlu diberi perhatian segera?
Klinik gigi kanak-kanak dikenali sebagai pediatric dentistry dikhususkan untuk menjaga kesihatan oral kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga remaja. Fokusnya bukan sekadar merawat gigi yang sudah rosak, tetapi membantu ibu bapa membina rutin penjagaan gigi yang betul sejak awal.
Ramai beranggapan tidak perlu buat pemeriksaan, biar gigi gugur sendiri. Walaupun gigi susu akan tanggal, kerosakan tetap boleh menyebabkan sakit, jangkitan, gusi bernanah dan gangguan makan jika tidak dirawat.
Masalah gigi kanak-kanak tidak sepatutnya dianggap perkara kecil. Gigi susu yang rosak boleh menyebabkan sakit, sukar makan, tidur terganggu, bau mulut, jangkitan, malah boleh memberi kesan kepada pertumbuhan gigi kekal kemudian hari.

Punca Gigi Rosak : Mengapa Gigi Anak Cepat Reput atau Berlubang?
Walaupun gigi susu hanyalah sementara, struktur enamelnya lebih nipis dan rapuh berbanding gigi kekal. Ini menjadikan gigi kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada kerosakan. Antara punca utama masalah ini berlaku adalah:
1. Diet Tinggi Gula
Sisa makanan manis seperti (coklat atau gula-gula) bertindak balas dengan bakteria mulut lalu menghasilkan asid. Asid inilah yang menghakis enamel hingga gigi mula reput dan berlubang.
2. Tidur Sambil Menghisap Botol Susu (Nursing Bottle Caries)
Tabiat membiarkan anak tidur bersama botol susu menyebabkan cecair manis bertakung semalaman, sekali gus menggalakkan pembiakan bakteria secara drastik.
3. Kurang Pantauan Menggosok Gigi
Kegagalan memberus gigi dengan teknik yang betul secara konsisten (sekurang-kurangnya dua kali sehari) menyebabkan plak melekat pada gigi
4. Melewatkan Pemeriksaan Rutin
Mengabaikan pemeriksaan awal seawal gigi pertama tumbuh (atau sebelum usia 1 tahun) menghalang doktor gigi daripada mengesan tanda awal kerosakan seperti tompok putih sebelum ia menjadi lubang besar.
Tanda-Tanda Anak Anda Perlu Segera Ke Klinik Gigi
Masalah gigi kanak-kanak bukan isu kecil. Data rasmi menunjukkan keadaan yang membimbangkan. Karies gigi (gigi berlubang) adalah paling lazim di dunia, menjejaskan kira-kira 510 juta kanak-kanak secara global. Di Malaysia, sekitar 7 daripada 10 kanak-kanak mengalami masalah gigi reput.
Oleh itu, jangan tunggu anak menangis kesakitan baru bertindak. Perhatikan tanda-tanda berikut:
Tanda-tanda awal (jangan abaikan):
- Tompok atau garisan putih pada permukaan gigi (tanda karies peringkat awal yang masih boleh dirawat)
- Gigi yang kelihatan kuning atau kecoklatan
- Anak mengelak mengunyah pada satu sisi mulut
- Gigi sensitif apabila makan makanan sejuk atau manis
Tanda-tanda lanjut (perlu rawatan segera):
- Gigi hitam dan rapuh, terutama gigi depan atas
- Gusi bengkak, merah atau bernanah menandakan jangkitan telah merebak ke tisu
- Anak mengadu sakit gigi yang berterusan, mengganggu tidur dan selera makan
- Gigi yang mudah patah atau rongak tanpa sebab
- Nafas berbau walaupun sudah berus gigi
Semakin lewat rawatan, semakin besar risiko kerosakan merebak dan semakin kompleks rawatan yang diperlukan.

Solusi: Rawatan dan Penjagaan
1. Pemeriksaan Berkala Setiap 6 Bulan yang Tepat
Pemeriksaan pertama patut dilakukan sebaik gigi pertama muncul, atau sebelum usia 12 bulan.
Sesi ini penting bagi doktor gigi untuk menilai keadaan gusi, mengenal pasti karies awal, memantau pertumbuhan rahang, serta memberikan panduan diet yang bersesuaian.
2. Aplikasi Fluoride Varnish untuk Kanak-kanak
Fluoride ialah mineral semula jadi yang terbukti berkesan menguatkan enamel gigi. Sesi aplikasi fluoride varnish di klinik dijalankan secara cepat, tidak menyakitkan.
Sangat disyorkan untuk kanak-kanak yang mempunyai risiko karies yang tinggi bagi menghentikan pereputan gigi.
3. Tampalan Gigi Kanak-kanak
Jika lubang gigi sudah terbentuk tetapi struktur gigi masih kuat, tampalan komposit akan dilakukan. Rawatan ini membantu menutup lubang, menghilangkan rasa ngilu, menghalang kerosakan menjadi lebih besar, serta mengekalkan fungsi kunyahan anak.
4. Scaling untuk Kanak-Kanak
Kanak-kanak juga memerlukan rawatan pembersihan karang gigi sekiranya terdapat sisa plak tebal atau kotoran luaran yang tidak dapat dibersihkan melalui pemberusan biasa. Ini membantu menjaga kesihatan gusi dan menyegarkan nafas anak.
5. Cabutan Gigi Susu Jika Perlu
Prosedur cabutan adalah pilihan terakhir (last resort) yang hanya dicadangkan apabila struktur gigi telah rosak sepenuhnya, bergoyang teruk, mengalami jangkitan nanah kronik, atau bagi memberi laluan kepada gigi kekal yang sudah mula tumbuh.
6. Perubahan Rutin Penjagaan di Rumah (Ibu Bapa)
Rawatan klinik perlu disokong dengan penjagaan harian di rumah. Ibu bapa memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan gigi anak.
- Mulakan membersihkan mulut anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
- Gunakan ubat gigi berfluorida mengikut kuantiti bersesuaian (sebesar secuit biji nasi untuk anak bawah 3 tahun).
- Berus gigi anak secara konsisten sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam sebelum tidur).
- Elakkan anak tidur bersama botol susu dan gantikan dengan air kosong dan galakkan anak berkumur selepas makan makanan manis.
Ibu bapa diwajibkan membawa anak-anak ke doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya setiap 6 bulan. Rutin ini perlu supaya ibu bapa mendapat pendidikan tentang langkah-langkah pencegahan pada gigi anak-anak.” Sumber : (Malaysia Gazette,Ogos 2022)
Pengalaman Kami Menguruskan Gigi Kanak-Kanak
Sebagai klinik yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan dipercayai oleh lebih 500+ ulasan 5 bintang di sekitar Kajang dan Bangi, kami telah melihat keperluan untuk ibu bapa membawa anak anda untuk rawatan pergigian mesra kanak-kanak (kids-friendly)
Di Aesira Dental, doktor kami pandai pujuk supaya anak anda tidak menangis & takut dengan rawatan. Tiada lagi drama anak menangis waktu rawatan gigi.
If you’re looking for a kids-friendly doctor, please come and see Dr Atikah.. This is my youngest (3y) first time seeing a dentist. Surprisingly, she’s comfortable with the dentist.. got stickers at the end of the session and the doctor even showed the girls the proper way of gosok gigi! – Siti Zaidah

1. Pada usia berapa anak patut dibawa ke klinik gigi buat pertama kali?
Sebaik gigi susu pertama tumbuh, atau paling lambat sebelum anak mencapai usia 12 bulan. Pemeriksaan awal membolehkan doktor mengesan masalah awal dan mendidik ibu bapa tentang penjagaan oral yang betul dari peringkat bayi lagi.
2. Adakah rawatan fluoride selamat untuk kanak-kanak kecil?
Ya, fluoride selamat apabila digunakan dalam kuantiti yang sesuai dan diaplikasikan oleh doktor gigi bertauliah. Fluoride membantu menguatkan enamel gigi dan mengurangkan risiko karies.
3. Anak saya takut klinik gigi. Apa yang perlu saya buat?
Mulakan dengan lawatan pemeriksaan biasa, bukan ketika anak sedang sakit. Elakkan menggunakan perkataan yang menakutkan seperti “sakit”, “cabut” atau “suntikan”. Beritahu anak bahawa doktor gigi akan membantu memeriksa dan menjaga gigi mereka.
4. Gigi anak saya hitam tetapi belum sakit. Perlu ke klinik?
Ya. Gigi yang hitam mungkin menandakan karies yang sudah meluas. Walaupun belum sakit, kerosakan boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan. Pemeriksaan awal membantu menentukan sama ada gigi perlu ditampal, dirawat atau dicabut.
5. Adakah scaling sesuai untuk kanak-kanak?
Scaling sesuai jika anak mempunyai plak, karang gigi atau kotoran yang tidak dapat dibersihkan dengan memberus biasa. Doktor gigi akan menilai dahulu sama ada scaling diperlukan.
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anak mula mengadu sakit gigi, gigi hitam, gusi bengkak atau takut makan kerana tidak selesa?
Dapatkan pemeriksaan di Aesira Dental Kajang hari ini. Kami sedia membantu anak anda dengan pendekatan yang lembut, penyayang dan persekitaran kids-friendly.
Kesimpulan
Klinik gigi kanak-kanak bukan tempat yang perlu ditakuti. Ia adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan anak sejak kecil.
Pemeriksaan setiap 6 bulan, aplikasi fluoride, dan pendidikan oral yang betul adalah tiga langkah mudah yang boleh mengubah trajektori kesihatan gigi anak untuk seumur hidup.
Gigi yang sihat membantu anak makan dengan selesa, bercakap dengan baik dan membina keyakinan diri. Penjagaan gigi yang baik hari ini juga menjadi asas kepada gigi kekal yang lebih kuat pada masa hadapan.
Rujukan
- Kementerian Kesihatan Malaysia, Program Kesihatan Pergigian: Garis Panduan Toddler 2022, 10-10-2022. Akses: https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/publication/FINAL%20GP%20TODDLER%202022%2010.10.2022.pdf
- Malaysia Gazette, Kesedaran penjagaan kesihatan gigi di Malaysia masih rendah, 08-08-2022. Akses: https://malaysiagazette.com/2022/08/08/kesedaran-penjagaan-kesihatan-gigi-di-malaysia-masih-rendah/
- PubMed Central / Universiti Sains Malaysia, Facilitators and Barriers to the Implementation of Preschool Oral Healthcare Programme in Malaysia, 2020. Akses: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC7760564/
- Kementerian Kesihatan Malaysia, Health Facts 2024 — Healthcare Facilities 2023, 2024. Akses: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/HEALTH%20FACTS/Health_Facts_2024.pdf
- The Malaysian Medical Gazette, Kenapa Gigi Anak Saya Rongak? – Dr Husna Razak, 15-09-2018. Akses: https://www.mmgazette.com/kenapa-gigi-anak-saya-rongak-dr-husna-razak/
- Hello Doktor, Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak: Tip Penjagaan Terbaik. Akses: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/kesihatan-anak-lain/mencegah-kerosakan-gigi-kanak-kanak/
- Kementerian Kesihatan Malaysia, Guidelines for Water Fluoridation Programme in Malaysia. Akses: https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/publication/guidelines-for-water-fluoridation-programme-in-malaysia.pdf
- World Health Organization (WHO), Sugars and Dental Caries — Fact Sheet. Akses: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sugars-and-dental-caries
- National Center for Biotechnology Information (NCBI) / PubMed Central, Risk factors for dental caries in primary dentition: A systematic review, 2022. Akses: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9603429/
Penafian : Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif rawatan sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)
