Anggaran Harga Cabut Gigi Klinik Swasta Malaysia (2026)
- Anggaran kos mencabut gigi tidak mewakili kadar rasmi untuk semua klinik
- Ia berdasarkan tahap kesulitan prosedur, jenis rawatan dan kepakaran doktor
- Harga sebenar hanya disahkan selepas doktor membuat penilaian kondisi gigi
- Komitmen pembayaran fleksibel seperti pelan ansuran untuk keselesaan pesakit
- Buat temujanji untuk tahu pelan rawatan dan anggaran kos cabut gigi yang tepat
Bila gigi mula berdenyut waktu malam, sakit ketika mengunyah atau gusi membengkak, ramai orang tidak terus fikir tentang diagnosis. Soalan pertama biasanya:
“Kalau pergi klinik swasta, berapa harga cabut gigi?”
Kebimbangan itu normal. Ada yang pernah dengar cabutan hanya sekitar RM100, tetapi orang lain pula membayar beberapa ratus ringgit untuk gigi yang kelihatan hampir sama.
Perbezaannya terletak pada keadaan klinikal.
Harga cabut gigi klinik swasta sebenarnya bukan angka tetap, tapi bergantung kepada beberapa faktor klinikal seperti jenis gigi, tahap kerumitan, dan sama ada prosedur memerlukan pembedahan minor. Artikel ini akan kongsikan faktor-faktor yang mempengaruhi kos, supaya anda lebih bersedia sebelum temujanji pertama.

Faktor Menentukan Harga Cabut Gigi Klinik Swasta
Anggaran ini berdasarkan harga terbuka beberapa penyedia swasta dan tidak mewakili satu kadar rasmi untuk semua klinik. Kebiasaannya doktor juga akan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya:
1. Tahap Kesulitan Cabutan (Complexity)
Gigi yang rapuh, patah di paras gusi, atau mempunyai akar yang melengkung memerlukan masa dan teknik yang lebih sukar. Keadaan ini boleh menaikkan kos cabutan biasa kepada kategori cabutan kompleks (sekitar RM150 – RM400).
2. Kedudukan & Jenis Gigi
Gigi hadapan biasanya lebih mudah dicabut berbanding gigi geraham belakang yang mempunyai akar yang lebih besar dan kuat. Kes gigi geraham bongsu yang terimpak (tersekat di dalam gusi) pula memerlukan pembedahan minor (Minor Oral Surgery) dengan kos antara RM600 hingga RM1,500 di pasaran swasta.
3. Kos Kosultasi & X-ray Gigi
Kebanyakan kes cabutan sukar atau gigi bongsu memerlukan imbasan X-ray (seperti periapical atau OPG) terlebih dahulu untuk melihat kedudukan akar gigi dan saraf. Caj X-ray dan konsultasi ini biasanya dikenakan secara berasingan.
4. Kos Ubat-Ubatan
Kos akhir juga termasuk jenis dan kuantiti ubat yang dibekalkan selepas prosedur, seperti ubat tahan sakit (painkillers), ubat surut bengkak, atau antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
5. Ganjaran Kemudahan & Ansuran
Sesetengah klinik swasta menyediakan fasiliti teknologi terkini untuk keselesaan pesakit serta pilihan pembayaran fleksibel. Di Klinik Pergigian Aesira, pesakit boleh menggunakan pelan ansuran (seperti Atome atau SPayLater) untuk meringankan komitmen kewangan.
Harga biasanya meningkat apabila prosedur menjadi lebih kompleks.

Anggaran Kos Cabut Gigi di Klinik Swasta Malaysia (2026)
Kos rawatan cabutan gigi di klinik swasta berbeza mengikut tahap kerumitan kes, lokasi klinik, serta kepakaran doktor gigi yang mengendalikannya. Sebelum prosedur dijalankan, pemeriksaan fizikal dan ujian X-ray biasanya diperlukan untuk menilai kedudukan akar gigi serta memastikan proses cabutan berjalan dengan selamat dan selesa.
Berikut adalah anggaran julat harga standard bagi prosedur cabutan gigi di klinik swasta:

Adakah Harganya Berbaloi dengan Rawatan?
Sama ada harga rawatan pergigian swasta berbaloi atau tidak, ia bergantung kepada keperluan klinikal, tahap kesegeraan, serta nilai yang anda utamakan. Kos yang dikenakan di klinik swasta bukanlah sekadar harga prosedur, tetapi mencerminkan perbezaan daripada segi masa menunggu yang minima, keselesaan ruang, fleksibiliti temujanji, dan pendekatan rawatan yang lebih mesra pesakit.
Data kesihatan oral di Malaysia menunjukkan kebiasaan ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila masalah pergigian sudah berada pada tahap kritikal. Penangguhan rawatan akibat menunggu slot yang lama berisiko menyebabkan jangkitan merebak, pembentukan abses (nanah), atau menjadikan prosedur rawatan jauh lebih kompleks dan mahal di kemudian hari.
Jika Tangguh Rawatan Kerana Risau Harga
Menangguhkan rawatan pergigian semata-mata kerana bimbang akan kos berisiko membuatkan kerosakan kecil menjadi lebih parah, sekali gus menuntut perbelanjaan yang jauh lebih tinggi di kemudian hari. Antara risiko lain yang perlu difahami termasuklah:
1. Ubat Sakit & Antibiotik Bukan Penyelesaian Sebenar
Mengambil ubat tahan sakit sekadar melegakan simptom sementara, manakala antibiotik hanya dikhususkan bagi jangkitan sistemik tertentu. Kedua-duanya tidak membuang karies, memulihkan retakan, atau merawat punca utama jangkitan.
2. Kerosakan Merebak Lebih Dalam
Lubang kecil yang awalnya mudah dan murah untuk ditampal boleh merosot hingga ke lapisan dentin dan pulpa jika dibiarkan.
3. Prosedur Menjadi Lebih Kompleks & Mahal
Apabila berlaku sakit berdenyut, kerosakan saraf, atau abses (nanah), pilihan rawatan bertukar daripada tampalan biasa kepada rawatan saluran akar (root canal) atau cabutan gigi.
4. Kesan Trend di Malaysia
Laporan kesihatan tempatan menunjukkan ramai pesakit hanya berjumpa doktor gigi apabila keadaan sudah kritikal, yang akhirnya memaksa mereka mengeluarkan kos rawatan yang lebih besar.
Tindakan terbaik ialah membuat pemeriksaan awal di klinik supaya kerosakan dapat dirawat pada peringkat minimum sebelum memerlukan prosedur yang mahal.
5. Pilihan Alternatif di Klinik Pergigian Kerajaan

Pengalaman Kami di Aesira Dental
Daripada perspektif klinikal, harga paling rendah tidak sepatutnya menjadi satu-satunya faktor membuat keputusan. Yang lebih penting ialah sama ada diagnosis jelas, pilihan untuk menyelamatkan gigi telah diterangkan dan pesakit memahami kos sebelum prosedur bagi mengelakkan kos gantian gigi yang lebih mahal di kemudian hari.
Aesira Dental di Kajang memaparkan 600+ ulasan pada laman rasminya dan menawarkan rawatan cabutan bersama pilihan rawatan lain seperti root canal, tampalan serta penggantian gigi.
Kebimbangan yang lazim seperti takut suntikan, risau sakit ketika gigi dicabut dan bimbang tidak dapat bekerja keesokan harinya.
Penerangan oleh doktor bertauliah memastikan anestesia berfungsi dan membenarkan pesakit memberi isyarat jika tidak selesa boleh membantu pengalaman rawatan menjadi lebih terkawal.

Soalan Lazim Harga Cabut Gigi Klinik Swasta
1. Berapa harga cabut gigi biasa di klinik swasta?
Secara umum sekitar RM80–RM250, tetapi harga sebenar bergantung kepada gigi, akar dan tahap kesukaran prosedur.
2. Harga cabut gigi geraham lebih mahal?
Mungkin, tetapi tidak semestinya. Geraham mempunyai struktur akar yang boleh lebih kompleks. Pemeriksaan dan X-ray membantu menentukan tahap kesukaran.
3. Berapa harga cabut gigi bongsu?
Gigi bongsu yang tumbuh penuh boleh berbeza daripada gigi bongsu impak. Kes pembedahan boleh mencecah beberapa ratus hingga melebihi RM1,000 bergantung kepada kedudukan dan kerumitan.
4. Cabut gigi atau root canal lebih murah?
Cabutan biasanya mempunyai kos awal lebih rendah, tetapi itu bukan perbandingan lengkap. Selepas kehilangan gigi, anda mungkin mempertimbangkan denture, bridge atau implan. Jika gigi masih mempunyai prognosis baik, rawatan akar boleh membantu mengekalkan gigi asli.
5. Boleh tahu harga tepat melalui WhatsApp?
Anda boleh meminta anggaran awal, tetapi diagnosis diperlukan untuk harga yang lebih tepat. Gigi yang kelihatan sama dalam gambar boleh mempunyai bentuk akar dan tahap kerosakan yang sangat berbeza.
Bila Perlu Jumpa Doktor Gigi?
Anda digalakkan membuat pemeriksaan segera untuk konsultasi dan anggaran harga apabila mula mendapati simptom seperti sakit gigi berdenyut, pendarahan gusi tidak normal, gigi pecah.
Anggaran kasar bagi setiap rawatan boleh dijadikan rujukan. Namun harga tepat tidak dapat ditentukan melalui telefon atau WhatsApp sahaja. Anda perlu hadir membuat pemeriksaan fizikal dan X-ray kerana doktor perlu menilai:
- Tahap kerosakan gigi
- Bentuk & kedudukan akar gigi
- Jenis prosedur yang diperlukan
Kesimpulan
Aggaran harga cabut gigi di klinik swasta Malaysia bermula sekitar RM80 bagi cabutan mudah dan boleh meningkat untuk kes pembedahan yang kompleks. Elakkan membuat keputusan berdasarkan harga semata-mata; matlamat utama adalah untuk memastikan sama ada gigi asal masih boleh diselamatkan.
Dapatkan pemeriksaan profesional di Aesira Dental untuk pelan rawatan yang disesuaikan dengan bajet dan keadaan kesihatan mulut anda.
Rujukan
- Kementerian Kesihatan Malaysia, Management of Unerupted and Impacted Third Molar Teeth, 2nd Edition, November 2021. Akses:https://www.acadmed.org.my/CPGdl/CPG%20MANAGEMENT%20OF%20UNERUPTED%20AND%20IMPACTED%20THIRD%20MOLAR%20TEETH%20(2ND%20EDITION)%20Nov%202021.pdf
- Kementerian Kesihatan Malaysia, National Oral Health Strategic Plan 2022–2030, 2022. Akses:https://www.moh.gov.my/en/publications-and-reports/policies-act-policies-guide-lines/strategic-plan/list-of-strategic-plans/pelan-strategik-kesihatan-pergigian-kebangsaan-2022-2030
- BMC Oral Health, Oral Healthcare Seeking Behavior of Malaysian Adults in Urban and Rural Areas: Findings from the National Health and Morbidity Survey 2019, 05-10-2023. Akses:https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/37798660/
- Cochrane Oral Health, Surgical Removal Versus Retention for the Management of Asymptomatic Disease-Free Impacted Wisdom Teeth, 04-05-2020. Akses:https://www.cochrane.org/evidence/CD003879_surgical-removal-versus-retention-management-asymptomatic-disease-free-impacted-wisdom-teeth
- World Health Organization, Malaysia Oral Health Country Profile, 2022. Akses:https://cdn.who.int/media/docs/default-source/country-profiles/oral-health/oral-health-mys-2022-country-profile.pdf
- American Dental Association, Antibiotics for Dental Pain and Swelling Guideline, November 2019. Akses:https://www.ada.org/resources/research/science/evidence-based-dental-research/antibiotics-for-dental-pain-and-swelling/
- Sinar Harian, Masalah Gigi Rakyat Malaysia Membimbangkan, 27-04-2023. Akses:https://www.sinarharian.com.my/article/255931/berita/nasional/masalah-gigi-rakyat-malaysia-membimbangkan
Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif prosedur sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
Artikel ini telah disahkan secara klinikal dan ditulis oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)
