Skip to content
Klinik Pergigian Aesira
  • Utama
  • Tentang
  • Rawatan
    Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
  • Masalah Gigi
    Karies Gigi Gigi Jarang Gigi Sensitif Gigi Kuning Mulut Berbau Sakit Gusi Masalah Gigi Lain →
  • Promosi
  • FAQ
  • Blog
  • Bahasa Melayu
  • English
Temujanji
Utama Tentang
Rawatan
Clear Aligners Braces Crown & Bridge Whitening Minor Oral Surgery Veneers Lihat Semua Rawatan →
Masalah Gigi
Karies Gigi Gigi Jarang Gigi Sensitif Gigi Kuning Mulut Berbau Sakit Gusi Masalah Gigi Lain →
Promosi FAQ Blog
  • Bahasa Melayu
  • English
Temujanji
Rawatan Gigi

Anggaran Harga Gigi Palsu Sebatang di Aesira Dental (2026)

ByDr. A'tikah U'zied Ogos 25, 2026Ogos 26, 2026
  • Gigi palsu boleh ditanggalkan yang direka khas untuk menggantikan gigi yang hilang
  • Kehilangan sebatang gigi menjejaskan fungsi mengunyah, pertuturan dan penampilan
  • 3 pilihan rawatan gigi palsu iaitu acrylic denture, flexible denture, dan complete denture 
  • Harga rawatan bergantung pada bilangan gigi, tahap kesihatan gusi dan struktur rahang
  • Dapatkan diagnosis gigi palsu dengan tepat untuk kembalikan keyakinan diri dan senyuman

Kehilangan sebatang gigi, sama ada gigi kapak di hadapan atau gigi geraham di belakang sering kali membuatkan seseorang berasa bimbang apabila hendak tersenyum atau menikmati hidangan kegemaran. 

Anda mungkin pernah terdengar bahawa rawatan pergigian memerlukan kos yang tinggi, atau berasa bimbang jika prosedur memasang gigi palsu menyakitkan. Memahami anggaran harga gigi palsu sebatang serta pilihan material yang betul amat penting agar anda dapat membuat keputusan kesihatan oral yang bijak tanpa tekanan.

Apa Itu Gigi Palsu?

Gigi palsu (denture) ialah prostesis pergigian boleh tanggal yang direka khas untuk menggantikan gigi yang hilang. Secara asasnya, ia terbahagi kepada dua kategori:

  • Partial Denture (Gigi Palsu Separa): Menggantikan sebatang atau beberapa batang gigi apabila masih ada gigi asli yang tinggal.
  • Complete Denture (Gigi Palsu Penuh): Menggantikan kesemua gigi pada seluruh rahang atas atau bawah.

Pemakaian gigi palsu dapat membantu memulihkan fungsi mengunyah, kejelasan pertuturan, dan penampilan senyuman anda. Walau bagaimanapun, tahap keselesaan serta keberkesanannya amat bergantung pada reka bentuk prostesis, keadaan tisu gusi, ketepatan gigitan, dan proses penyesuaian pesakit dari semasa ke semasa.

Bacaan mengenai gigi palsu

Di Klinik Pergigian Aesira, terdapat  tiga pilihan utama mengikut keperluan anda: acrylic denture (akrilik), flexible denture (fleksibel), dan complete denture (gigi palsu penuh).

Anggaran Harga Gigi Palsu Sebatang & Pilihan Rawatan

Kehilangan sebatang gigi mungkin nampak seperti masalah kecil. Tetapi apabila ruang kosong mula mengganggu kunyahan atau senyuman, soalan pertama yang biasa timbul ialah:

“Berapa harga gigi palsu sebatang?”

Jawapan ringkasnya: tiada satu harga tetap yang sesuai untuk semua pesakit. Berikut adalah berdasarkan senarai harga rawatan Aesira Dental semasa:

“Setiap rongga gigi yang dibiarkan kosong selepas pencabutan bukan sekadar isu estetik. Ia mengubah biomekanik kunyahan dan boleh menyebabkan pergerakan gigi bersebelahan secara perlahan-lahan. Menggantikan sebatang gigi seawal mungkin dapat menyelamatkan struktur rahang dan kesihatan oral secara menyeluruh.” – Dr. Shakir Salleh, Doktor Gigi di Aesira Dental

Kenapa Gigi Boleh Hilang?

Kehilangan gigi (edentulism) merujuk kepada keadaan di mana sebatang atau lebih gigi kekal terpaksa dicabut atau tercabut dari soket tulang alveolar. Kehilangan gigi biasanya berlaku daripada gabungan beberapa faktor.

1. Karies Yang Terlalu Teruk

Karies ialah penyakit yang dipengaruhi oleh biofilm, pengambilan gula, pendedahan fluorida, kebersihan mulut dan faktor individu. Apabila kerosakan telah memusnahkan terlalu banyak struktur gigi dan prognosis pemulihan tidak lagi baik, pencabutan mungkin dipertimbangkan selepas penilaian doktor.

2. Periodontitis

Periodontitis melibatkan kerosakan tisu dan tulang yang menyokong gigi. Dalam keadaan lebih lanjut, gigi boleh menjadi longgar dan akhirnya memerlukan rawatan kompleks atau pencabutan.

3. Corak Pemakanan

Kekerapan pengambilan makanan dan minuman manis,  kuantiti dan rutin kebersihan mulut turut memainkan peranan.

4. Tangguh Pemeriksaan

Menangguhkan pemeriksaan gigi secara berkala (sekurang-kurangnya 6 bulan sekali) sehingga kesakitan menjadi teruk.

5. Trauma

Kemalangan, kecederaan sukan atau gigi yang retak teruk juga boleh menyebabkan kehilangan gigi walaupun seseorang mempunyai rutin penjagaan oral yang baik.

Kesan Jika Anda Menangguhkan Rawatan Gigi Palsu

Membiarkan ruang kosong tanpa penggantian gigi dalam tempoh yang lama boleh mendatangkan beberapa implikasi fizikal dan kualiti hidup:

1. Gigi Bersebelahan Beranjak (Tooth Migration)

Gigi di sebelah ruang kosong akan mula condong (tilting) atau beranjak ke ruang yang kosong. Gigi pada rahang berlawanan juga boleh mengalami over-eruption (memanjang ke bawah/atas).

2. Fungsi Mengunyah Terjejas

Sukar untuk mengunyah makanan pejal, yang seterusnya boleh menjejaskan proses penghadaman dan penyerapan nutrisi.

3. Perubahan Struktur Wajah

Kehilangan gigi membawa kepada penyusutan tulang rahang (resorption). Tanpa sokongan gigi dan tulang, otot pipi dan bibir kelihatan cengkung, menjadikan penampilan wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

4. Pertuturan & Keyakinan Diri

Sebutan sesetengah abjad mungkin terjejas, dan pesakit berasa kurang yakin untuk berinteraksi atau tersenyum di khalayak ramai. Kajian menunjukkan penggunaan removable partial denture berpotensi meningkatkan kualiti hidup berkaitan kesihatan oral dalam tempoh awal selepas rawatan.

Solusi & Prosedur Rawatan di Aesira Dental

Apabila anda berkunjung ke Klinik Pergigian Aesira, proses penyediaan gigi palsu dilakukan secara teliti dan bersistematik:

1. Diagnosis & Pemeriksaan Klinikal

Doktor gigi akan memeriksa keadaan gusi, tulang rahang, serta kesihatan gigi bersebelahan. Ujian imbasan atau X-ray mungkin diambil jika perlu.

2. Pengambilan Cetakan Gigi (Dental Impression)

Acuan khas digunakan untuk mengambil ukuran dan bentuk rahang anda secara tepat bagi memastikan gigi palsu yang dihasilkan padan dan selesa.

3. Pemilihan Warna & Material

Anda boleh memilih jenis material sama ada Acrylic Denture atau Flexible Denture serta warna shade gigi yang menyerupai gigi asal anda.

4. Pemasangan & Penyesuaian (Fitting)

Setelah siap didaftarkan dan diproses oleh makmal pergigian, doktor akan memasang gigi palsu dan membuat pelarasan semula mikro pada gigitan bagi memastikan tiada rasa tidak selesa atau tekanan berlebihan pada gusi.

Pengalaman Kami di Aesira Dental

Di klinik kami yang dinilai 5 bintang dengan lebih 600+ ulasan, pemerhatian klinikal menunjukkan bahawa pesakit yang memilih penggantian gigi palsu sebatang di peringkat awal dapat mengelakkan komplikasi pergerakan gigi bersebelahan serta mengekalkan struktur tulang rahang yang stabil.

Melalui pengalaman mengendalikan pelbagai kes kesihatan oral, kami mengutamakan keselesaan anda menerusi ketelitian cetakan gigi, penyesuaian gigitan yang tepat, dan panduan penjagaan pasca-rawatan yang rapi.

Penjagaan kebersihan mulut seperti memberus gigi dan menggunakan flos tetap perlu diteruskan secara konsisten. Bagi pengguna gigi palsu boleh tanggal, ia hendaklah dibersihkan secara berasingan menggunakan berus lembut dan direndam dalam cecair pembersih khas. Ini penting bagi memastikan kebersihan dan kesihatan mulut sentiasa terpelihara sepanjang tempoh pemakaian gigi palsu.

Soalan Lazim Mengenai Gigi Palsu dan Rawatannya

1. Bolehkah buat gigi palsu untuk satu batang sahaja?

Ya, untuk sesetengah kes. Removable partial denture boleh direka untuk menggantikan satu atau beberapa gigi. Doktor perlu menentukan sama ada denture, bridge atau pilihan lain lebih sesuai.

2. Adakah membuat gigi palsu sakit?

Proses membuat removable denture biasanya tidak memerlukan pembedahan. Pengambilan cetakan dan fitting lazimnya tidak menyakitkan, tetapi sedikit rasa asing atau tekanan boleh berlaku pada peringkat adaptasi.

3. Berapa lama gigi palsu boleh tahan?

Tiada angka tepat untuk semua jenis denture dan semua pesakit. Saranan untuk penggantian apabila ia tidak lagi sesuai atau telah digunakan lebih lima tahun sehingga  sekitar 10 tahun, tetapi angka ini tidak boleh digunakan untuk menjanjikan jangka hayat denture individu. 

4. Boleh tidur memakai gigi palsu?

Kebiasaannya denture boleh tanggal disarankan ditanggalkan semasa tidur, kecuali doktor memberikan arahan khusus berdasarkan keadaan pesakit. 

5. Mengapa harga gigi palsu sebatang berbeza?

Kerana harga bukan bergantung kepada “sebatang” sahaja. Jenis material, reka bentuk denture, bilangan gigi, keadaan gusi, gigi sokongan dan rawatan tambahan semuanya boleh mempengaruhi kos akhir.

Bila Anda Perlu Jumpa Doktor Gigi?

Sekiranya anda baru sahaja menjalani rawatan cabut gigi, mempunyai ruang gigi kosong yang mengganggu kunyahan, atau mengalami kesakitan gusi akibat gigi longgar, bertindaklah sekarang.

Menangguhkan rawatan penggantian gigi boleh menyebabkan masalah kestabilan gigitan yang lebih komplikasi pada masa hadapan. Dengan membuat pemeriksaan awal di Aesira Dental, anda dapat menikmati plan rawatan mengikut bajet anda, memulihkan fungsi kunyahan dengan selesa, dan kembali tersenyum penuh keyakinan.

Kesimpulan

Mengetahui anggaran harga gigi palsu sebatang membolehkan anda merancang penjagaan kesihatan mulut dengan lebih tenang. Jangan biarkan masalah kehilangan gigi menjejaskan kualiti hidup dan penampilan anda. Dapatkan nasihat dan rawatan profesional daripada pasukan pergigian berkaliber kami di Aesira Dental. Hubungi kami hari ini untuk menempah slot konsultasi anda.

Rujukan

  • BMC Oral Health, Oral Healthcare Seeking Behavior of Malaysian Adults in Urban and Rural Areas: Findings from the National Health and Morbidity Survey 2019, 05-10-2023. Akses: https://link.springer.com/article/10.1186/s12903-023-03470-5
  • World Health Organization, Oral Health Malaysia 2022 Country Profile, 18-11-2022. Akses: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/country-profiles/oral-health/oral-health-mys-2022-country-profile.pdf?sfvrsn=d3ec19b5_6&download=true
  • Journal of Dentistry, Oral Health-Related Quality of Life After Rehabilitation With Removable Partial Dentures: A Systematic Review and Meta-analysis, 21-10-2022. Akses:https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/36280004
  • The Journal of the American Dental Association (JADA), Evidence-Based Guidelines for the Care and Maintenance of Complete Dentures, Februari 2011. Akses:https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0002817714637429
  • Kementerian Kesihatan Malaysia, Oral Health Programme, Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Warga Emas 2023. 2023. Akses: https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/publication/gp_wargaemas.pdf
  • The Journal of Prosthetic Dentistry, Longevity of Complete Dentures: A Systematic Review and Meta-analysis, 28-04-2020; Volume 125, April 2021. Akses: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32359852/
  • American College of Prosthodontists, Position Statement: The Frequency of Denture Replacement, diluluskan 20-10-2015; 30-10-2018. Akses: https://www.prosthodontics.org/about-acp/position-statement-the-frequency-of-denture-replacement/

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif prosedur sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda. 

Artikel ini telah disahkan secara klinikal dan ditulis oleh :

Dr. A’tikah binti U’zied.

Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)

Dr. A'tikah U'zied

Navigasi kiriman

Previous Previous
Jenama Ubat Gigi Terbaik Untuk Perokok Tegar: Pilihan Doktor Gigi
NextContinue
Gigi Susu Dan Gigi Kekal: Ini Beza & Penjagaannya (LENGKAP)
Footer — Klinik Pergigian Aesira
Klinik Pergigian Aesira

Klinik gigi moden di Kajang & Bangi. Rawatan lembut, doktor mesra kanak-kanak & pelan ansuran patuh Syariah untuk seisi keluarga.

  • 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
  • 011-5897 1137
  • Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
    Ahad: 9 pagi – 6 petang
Terma Rawatan Privasi Polisi

Rawatan

  • Clear Aligners
  • Braces
  • Crown & Bridge
  • Whitening
  • Minor Oral Surgery
  • Veneers
  • Lihat Semua Rawatan →

Masalah Gigi

  • Karies Gigi
  • Gigi Jarang
  • Gigi Sensitif
  • Gigi Kuning
  • Mulut Berbau
  • Sakit Gusi
  • Masalah Gigi Lain →

Klinik

  • Tentang
  • Profil Doktor
  • Promosi
  • Galeri
  • Ulasan
  • Blog
  • Karier

Bantuan

  • Buat Temujanji
  • Hubungi Kami
  • Lokasi & Peta
  • Soalan Lazim
WhatsApp Kami
© 2026 Klinik Pergigian Aesira. Hak cipta terpelihara.
  • Polisi Editorial