5 Jenis Gigi Palsu dan Rawatan Beserta Harga (Aesira Dental)
- Gigi palsu ialah prostesis tiruan untuk ganti satu, beberapa atau semua gigi hilang
- Berpunca penyakit gusi yang teruk lambat dirawat & akhirnya gigi menjadi longgar
- Solusi merangkumi seperti partial atau complete acrylic denture, dan flexible denture
- Harga bergantung pada bilangan gigi hilang, jenis material, keadaan gusi dan rahang
- Dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian dan pilihan rawatan terbaik untuk gigi palsu
Sukar menikmati ayam goreng, daging atau kacang? Anda mula mengunyah hanya pada sebelah mulut? Atau secara automatik menutup mulut apabila ketawa?
Jika ya, anda tidak keseorangan.
Ramai pesakit mencari jenis gigi palsu selepas kehilangan gigi akibat gigi berlubang, penyakit gusi, trauma atau cabutan. Masalahnya, memilih denture hanya kerana ia murah atau nampak cantik tidak semestinya sesuai dengan struktur gusi dan gigitan anda.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020, melaporkan 38.2% populasi dewasa yang masih mempunyai gigi mengalami periodontitis (penyakit gusi yang serius).
Penyakit gusi yang semakin teruk ini boleh menyebabkan kehilangan sokongan tulang di sekeliling gigi dan akhirnya gigi menjadi longgar. Oleh itu, memahami kesihatan gusi adalah langkah pertama yang terpenting sebelum memilih jenis penggantian gigi yang tepat demi memulihkan fungsi kunyahan dan keyakinan senyuman anda.

Apa Itu Gigi Palsu?
Gigi palsu ialah alat prostetik tiruan yang direka khas oleh doktor gigi mengikut bentuk mulut untuk menggantikan gigi semula jadi yang hilang
Secara klinikal, terdapat dua kategori utama:
- Gigi palsu separuh (Partial denture) menggantikan satu atau beberapa gigi apabila masih terdapat gigi asli yang boleh dikekalkan.
- Gigi palsu penuh (Complete denture) pula menggantikan keseluruhan gigi pada satu rahang.
Ada juga implant-supported overdenture, gigi palsu (sama ada penuh atau separuh) yang dipasang dan disokong oleh beberapa batang implan yang ditanam pada tulang rahang untuk kestabilan ekstra, tetapi masih boleh ditanggalkan oleh pesakit untuk dibersihkan. Ia berbeza daripada dental bridge atau crown atas implan yang biasanya tidak boleh ditanggalkan sendiri oleh pesakit.
Bacaan lanjut rawatan Crown & Bridge

5 Jenis Gigi Palsu dan Anggaran Harga
Tidak semua gigi palsu dibuat daripada bahan atau menggunakan reka bentuk yang sama. Pemilihan jenis yang sesuai biasanya bergantung pada berapa banyak gigi yang hilang, lokasi gigi, keadaan gusi dan tulang rahang, kekuatan gigi yang masih ada serta keperluan mengunyah pesakit.
1. Gigi Palsu Akrilik Separuh (Partial Acrylic Denture)
- Pesakit yang kehilangan satu atau beberapa batang gigi tetapi masih mempunyai gigi asli.
- Lebih mampu milik, mudah dibersihkan dan biasanya lebih mudah diubah suai jika perlu menambah gigi pada masa hadapan.
- Anggaran Harga: RM600–RM1,20
2. Gigi Palsu Akrilik Penuh (Complete Acrylic Denture)
- Pesakit edentulous, iaitu kehilangan semua gigi pada satu atau kedua-dua rahang.
- Membantu mengembalikan fungsi mengunyah, pertuturan dan sokongan wajah selepas kehilangan keseluruhan gigi.
- Anggaran Harga: RM800–RM1,500
3. Gigi Palsu Fleksibel (Flexible / Valplast-type Denture)
- Partial denture untuk pesakit yang mengutamakan estetik atau mahukan alternatif kepada cengkerak logam dan tapak akrilik yang lebih tegar.
- Ringan, fleksibel dan lebih estetik, terutama kerana cengkerak logam yang ketara dapat dielakkan dalam sesetengah reka bentuk.
- Anggaran Harga: RM1,200–RM2,000
4. Gigi Palsu Rangka Logam (Cobalt-Chrome Denture)
- Partial denture untuk pesakit yang memerlukan reka bentuk lebih kukuh, nipis dan stabil.
- Kukuh dan nipis, kurang mudah patah serta boleh memberikan sokongan dan kestabilan yang baik apabila direka dengan betul.
- Anggaran Harga: ±RM950–RM1,200+
5. Gigi Palsu Disokong Implan (Implant-Supported Overdenture)
- Pesakit yang kehilangan semua gigi dan mengalami masalah denture konvensional longgar atau kurang stabil, bergantung pada keadaan tulang serta kesesuaian untuk implan.
- Memberikan retensi dan kestabilan tambahan, mengurangkan pergerakan denture serta boleh meningkatkan keselesaan, fungsi mengunyah dan kepuasan pesakit yang sesuai.
- Anggaran Harga: RM6,000–RM15,000+
Di Aesira Dental, harga denture bergantung kepada jenis material dan bilangan gigi yang perlu digantikan. Doktor akan cadangkan pilihan paling sesuai berdasarkan keadaan gusi dan keperluan anda. Harga akhir bergantung kepada bilangan gigi dan keadaan gusi, akan disahkan semasa pemeriksaan.
Baca tentang Rawatan Gigi Palsu
Apa Jadi Jika Gigi Hilang Dibiarkan?
Masalah utama bukan sekadar ruang kosong. Bergantung pada kedudukan dan bilangan gigi yang hilang, anda mungkin mula mengalami:
- perubahan sebutan perkataan;
- kesukaran mengunyah makanan tertentu;
- lebih banyak beban pada gigi yang masih tinggal;
- penurunan keyakinan ketika bercakap atau tersenyum; dan
- perubahan kedudukan gigi bersebelahan dalam sesetengah kes.
Laporan Astro Awani memetik pakar pergigian mengatakan sebahagian pesakit hanya mendapatkan rawatan setelah keadaan menjadi terlalu lewat untuk menyelamatkan sesetengah gigi.
Ini sebabnya sakit gigi, gigi longgar atau gusi berdarah tidak wajar dibiarkan sehingga pilihan terakhir hanya cabutan.

Rawatan Gigi Palsu Yang Sesuai?
Di Aesira Dental, pemilihan jenis gigi palsu (denture) dilakukan secara individu mengikut keadaan fizikal mulut, kesihatan gusi, dan keperluan pesakit. Aliran rawatan klinikal standard merangkumi saringan menyeluruh, pengambilan acuan mulut (impression), percubaan padanan (try-in), serta pelarasan akhir.
Bagi kes konvensional, proses ini mengambil masa kira-kira dua minggu, bergantung kepada kerumitan kes dan pemprosesan di makmal pergigian. Secara klinikal, doktor gigi akan menjalankan langkah-langkah berikut:
- Pemeriksaan Klinikal: Menilai keadaan gigi asli sedia ada, tisu gusi, serta kawasan rahang yang mengalami kehilangan gigi.
- Penilaian Kestabilan: Memastikan gigi penyokong yang masih ada mempunyai kestabilan struktur yang mencukupi untuk memegang cengkerak proteza.
- Imej X-ray: Mengambil gambar X-ray sekiranya ada indikasi klinikal untuk menilai paras tulang rahang dan kesihatan akar gigi.
- Acuan Pergigian (Impression): Mengambil acuan mulut atau imbasan digital bagi membina model rahang yang tepat.
- Penentuan Gigitan & Reka Bentuk: Menentukan hubungan gigitan (occlusion) dan merancang reka bentuk prostesis yang sesuai.
- Sesi Try-in: Melakukan percubaan struktur gigi palsu untuk mengesahkan padanan estetik dan fungsi sebelum pemprosesan akhir.
- Pemasangan & Pelarasan: Memasang denture, memeriksa titik tekanan (high spots), serta membuat pelarasan semula (adjustment) selepas pemakaian sekiranya pesakit mengalami sebarang ketidakselesaan.
Bagi rawatan implan gigi atau implant-supported denture, penilaian kepadatan tulang rahang (bone density) serta kesihatan periodontal yang lebih terperinci adalah wajib sebelum sebarang prosedur pembedahan dilakukan.
Tinjauan sistematik (systematic review) mendapati pesakit edentulous (kehilangan keseluruhan gigi) yang beralih daripada complete denture konvensional kepada implant-retained overdenture melaporkan peningkatan tahap kepuasan pesakit serta kualiti hidup berkaitan kesihatan oral (oral-health-related quality of life) yang signifikan.
Walau bagaimanapun, kesesuaian prosedur implan tetap perlu dinilai secara berasingan mengikut tahap kesihatan am pesakit.

Pengalaman Kami di Aesira Dental
Dalam memilih gigi palsu (denture), jenis bahan atau material hanyalah sebahagian daripada keputusan. Keselesaan padanan (fit), kestabilan, ketepatan gigitan, kebersihan, serta keupayaan pesakit untuk menyesuaikan diri dengan prostesis adalah sama penting.
Di Aesira Dental, kami menyediakan pelbagai pilihan seperti acrylic, flexible, dan complete denture, serta menggunakan kaedah acuan (impression) presisi bagi memastikan prostesis dibina tepat mengikut struktur unik mulut anda.
Bagi penjagaan gigi palsu, kami menyarankan pesakit untuk membuat pembersihan setiap hari dan mengelakkan pemakaian denture 24 jam tanpa henti. Pemeriksaan pergigian berkala juga penting untuk menilai fit, keadaan tisu mulut dan kehilangan tulang.
Sebagai klinik yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan dipercayai oleh lebih 600+ ulasan 5 bintang di sekitar Kajang dan Bangi, kami telah melihat pelbagai kisah transformasi.
- Pesakit yang dahulunya pendiam berubah menjadi sangat peramah selepas mendapat senyuman baharu.
- Kami mengamalkan polisi “Tanpa Sakit, Tanpa Takut” kerana doktor kami sangat lembut dalam mengendalikan pesakit.
- Walaupun rawatan gigi tiruan fokus kepada orang dewasa, kami tidak lupa menawarkan penjagaan holistik. Kami sedia menerima pesakit bayi seawal umur 6 bulan untuk membina asas kesihatan mulut yang kuat sejak kecil.

Soalan Lazim Tentang Jenis Gigi Palsu
1. Jenis gigi palsu mana sesuai untuk satu gigi hilang?
Biasanya partial denture boleh dipertimbangkan, tetapi bridge atau dental implant juga mungkin menjadi pilihan bergantung pada lokasi gigi, keadaan gigi bersebelahan, tulang dan bajet.
2. Flexible denture lebih baik daripada acrylic?
Tidak semestinya. Flexible denture mempunyai karakter material dan estetik yang berbeza, manakala acrylic lebih mudah digunakan dalam banyak reka bentuk konvensional. Pilihan perlu dibuat selepas pemeriksaan.
3. Berapa harga buat gigi palsu di Kajang?
Di Aesira Dental, harga bermula RM400 untuk Acrylic Denture, RM950 untuk Flexible Denture dan RM2,000–RM2,500 untuk Complete Denture. Namun, harga akhir boleh berbeza mengikut bilangan gigi yang perlu digantikan dan keadaan gusi selepas pemeriksaan doktor.
4. Boleh tidur dengan gigi palsu?
Pemakaian berterusan 24 jam umumnya tidak digalakkan. Memberikan masa tanpa denture membantu tisu di bawahnya berehat dan merupakan sebahagian daripada penjagaan oral yang baik.
5. Berapa lama gigi palsu boleh digunakan?
Tiada satu tempoh yang sama untuk semua orang. Bentuk gusi dan tulang rahang boleh berubah dari semasa ke semasa. Jika denture menjadi longgar, sakit atau memerlukan terlalu banyak adhesive untuk kekal stabil, dapatkan pemeriksaan.
Bila Perlu Jumpa Doktor Gigi?
Buat pemeriksaan jika:
- gigi terasa longgar;
- terdapat luka akibat denture;
- sukar mengunyah makanan;
- kehilangan satu atau lebih gigi;
- gusi mudah berdarah atau bengkak;
- denture kerap bergerak ketika bercakap; atau
- gigi palsu lama sudah retak, longgar atau tidak lagi selesa.
Rawatan lebih awal memberi ruang kepada doktor untuk menilai sama ada gigi masih boleh diselamatkan atau perlu digantikan dengan prostesis yang sesuai.
Selepas mendapatkan rawatan profesional, pesakit akan menikmati kembali senyuman yang menawan, fungsi kunyahan gigi yang optimum, serta keselesaan oral secara menyeluruh.
Kesimpulan
Terdapat beberapa jenis gigi palsu untuk menggantikan gigi hilang yang di perbuat daripada acrylic dan flexible denture sehingga cobalt-chrome dan implant-supported overdenture.
Tiada satu pilihan yang sesuai untuk semua orang. Keputusan perlu mengambil kira jumlah gigi yang hilang, kesihatan gusi, keadaan tulang rahang, gigi yang masih tinggal, cara gigitan, kemampuan menjaga denture dan bajet anda.
Jika kehilangan gigi sudah mengganggu makan, bercakap atau keyakinan, dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu di Aesira Dental supaya pilihan rawatan dapat disesuaikan berdasarkan keadaan sebenar oral anda.
Rujukan
- Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, NHMS 2020: National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 – Key Findings, 2023. . Akses: https://hq.moh.gov.my/ohp/index.php/doclink/lembaran-fakta-nohsa-2020/eyJ0eXAiOiJKV1QiLCJhbGciOiJIUzI1NiJ9.eyJzdWIiOiJsZW1iYXJhbi1mYWt0YS1ub2hzYS0yMDIwIiwiaWF0IjoxNzA5ODAxMTE2LCJleHAiOjE3MDk4ODc1MTZ9.54yvBlNqp2btyENazWgUZfL9driZNRBUiyfalEQDmdw
- World Health Organization (WHO), Sugars and Dental Caries, 14-08-2025. Akses:https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sugars-and-dental-caries
- Clinical Oral Implants Research, Transitioning From Conventional Dentures to Implant-Retained Overdentures in the Edentulous Maxilla: A Systematic Review, 24-02-2026. Akses:https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/clr.14446
- Journal of Prosthodontics / American College of Prosthodontists, Evidence-Based Guidelines for the Care and Maintenance of Complete Dentures, 16-02-2011. Akses:https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/j.1532-849X.2010.00683.x
- Journal of Evidence-Based Dental Practice, Cleaning of Removable Dental Prostheses — A Systematic Review, 01-10-2021 (Epub). Akses:https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/34922732/
- Astro Awani, Masalah Gigi Rakyat Malaysia Membimbangkan, 27-04-2023. Akses:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-gigi-rakyat-malaysia-membimbangkan-417078
Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif prosedur sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
Artikel ini telah disahkan secara klinikal dan ditulis oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt. Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor (No. 13130)
