Klinik Gigi Panel di Kajang
600+ ulasan Google sejak 2025.
Kenapa Guna Panel di Aesira Dental?
Rawatan gigi sepatutnya mudah, terutamanya apabila syarikat anda sudah menanggungnya.
Tanpa Bayaran Tunai
Rawatan yang dilindungi dibilkan terus kepada panel anda.
Selepas Waktu Kerja
Tidak perlu ambil cuti. Klinik dibuka sehingga 9 malam.
Doktor Berdaftar MDC
Dirawat oleh doktor gigi yang sah dan berpengalaman.
Semakan Melalui WhatsApp
Hantar nama panel anda dan kami bantu semak sebelum temujanji.
Cara Guna Panel Anda
Tiga langkah mudah sebelum rawatan.
Semak senarai panel
Pastikan nama panel pada kad perubatan anda ada dalam senarai di bawah.
Whatsapp untuk temujanji
Beritahu nama panel dan syarikat anda. Kami akan sahkan kelayakan dan tetapkan masa.
Bawa dokumen ke klinik
Bawa kad pengenalan dan kad panel + dokumen lain jika perlu. Selebihnya kami uruskan.
Senarai Panel Aesira Dental
Tekan pada nama panel untuk lihat rawatan yang dilindungi.
PMCare
Pentadbir perubatan pihak ketiga
Rawatan dilindungi
- Konsultasi & pemeriksaan gigi
- X-ray gigi
- Tampal gigi amalgam (satu, dua & tiga permukaan)
- Tampal gigi komposit (satu, dua & tiga permukaan)
- Cabut gigi
- Cabut gigi secara pembedahan (termasuk gigi terbenam & terimpak)
- Rawatan gingivitis & penyakit periodontal
- Ubat-ubatan pergigian yang ditetapkan
Nota
Semua rawatan di atas dicaj secara "as charged" (mengikut kos sebenar) bagi setiap lawatan. Had tahunan tertakluk kepada polisi syarikat anda.
ASP Medical Group
Rawatan pergigian asas
Rawatan dilindungi
- Cuci gigi (scaling dan polishing)
- Tampal gigi
- Cabut gigi
Nota
Liputan dan had tahunan tertakluk kepada polisi syarikat anda.
Compumed
Liputan berbeza ikut syarikat
Rawatan dilindungi — bergantung sepenuhnya kepada syarikat anda
Berdasarkan panduan liputan rasmi Compumed, liputan rawatan gigi berbeza SANGAT antara satu syarikat dengan syarikat lain. Sesetengah syarikat hanya dapat rawatan asas (cuci gigi, cabut gigi, tampal gigi bukan kosmetik), manakala sesetengah syarikat lain dapat liputan penuh termasuk rawatan akar, implant, ortodontik dan rawatan periodontal.
Sila WhatsApp kami dengan nama syarikat/majikan anda (bukan setakat nama "Compumed" sahaja), dan kami akan semak liputan tepat untuk anda sebelum temujanji.
Health Metrics
Manfaat kesihatan korporat
Rawatan dilindungi
Liputan rawatan bagi panel Health Metrics berbeza mengikut syarikat. WhatsApp kami dengan nama syarikat anda, dan kami akan semak rawatan yang dilindungi sebelum temujanji.
Mednefits
Manfaat pekerja digital
Rawatan dilindungi
- Pemeriksaan gigi (Dental check-up)
- Cuci gigi (scaling)
- Tampal gigi
- Rawatan jangkitan gigi
Nota
Liputan dan had tahunan tertakluk kepada polisi syarikat anda.
MedKAD
Kad perubatan korporat
Rawatan dilindungi
Liputan rawatan bagi panel MedKAD berbeza mengikut syarikat. WhatsApp kami dengan nama syarikat anda, dan kami akan semak rawatan yang dilindungi sebelum temujanji.
Health Connect
Pentadbir perubatan pihak ketiga
Rawatan dilindungi
- Tampal gigi
- Rawatan akar (root canal)
- Cabut gigi
Nota
Liputan dan had tahunan tertakluk kepada polisi syarikat anda.
Genesis Flex
Manfaat pekerja fleksibel
Rawatan dilindungi
Liputan rawatan bagi panel Genesis Flex berbeza mengikut syarikat. WhatsApp kami dengan nama syarikat anda, dan kami akan semak rawatan yang dilindungi sebelum temujanji.
Medidental
Panel pergigian
Rawatan dilindungi
Liputan rawatan bagi panel Medidental berbeza mengikut syarikat. WhatsApp kami dengan nama syarikat anda, dan kami akan semak rawatan yang dilindungi sebelum temujanji.
E-MAS
Pentadbir perubatan pihak ketiga
Rawatan dilindungi
Liputan rawatan bagi panel E-MAS berbeza mengikut syarikat. WhatsApp kami dengan nama syarikat anda, dan kami akan semak rawatan yang dilindungi sebelum temujanji.
Biasanya tidak dilindungi panel
- Braces dan clear aligner (ortodontik) kecuali sesetengah pelan Compumed tertentu
- Putihkan gigi dan veneer
- Rawatan estetik lain / tujuan kosmetik
Untuk rawatan ini, anda boleh gunakan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan.
Panel anda tiada dalam senarai?
Senarai panel dikemas kini dari semasa ke semasa. WhatsApp kami dan kami akan semak untuk anda.
Tanya Tentang Panel Saya*Perlindungan rawatan dan had tahunan tertakluk kepada polisi majikan atau syarikat insurans anda. Sila hubungi klinik untuk pengesahan sebelum hadir.
FAQ Panel
Bagaimana saya tahu panel saya diterima di Aesira Dental?
Semak nama panel pada kad perubatan anda dengan senarai di atas. Jika tidak pasti, WhatsApp kami dengan nama panel dan syarikat anda, dan kami akan sahkan untuk anda.
Adakah saya perlu buat temujanji dahulu?
Kami galakkan temujanji supaya kelayakan panel dapat disemak lebih awal.
Adakah ahli keluarga saya boleh gunakan panel yang sama?
Ini bergantung kepada polisi syarikat anda. Sesetengah majikan melindungi pasangan dan anak. Sila semak dengan jabatan HR anda atau hubungi kami.
Bagaimana jika rawatan saya melebihi had panel?
Doktor akan maklumkan anggaran kos sebelum rawatan dimulakan. Baki yang tidak dilindungi boleh dibayar sendiri atau melalui pelan ansuran.
Bolehkah saya guna panel untuk braces?
Kebanyakan panel tidak melindungi rawatan ortodontik seperti braces. Namun, anda boleh memilih pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan.
Lokasi Klinik Pergigian Aesira
- 8, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
- 011-5897 1137
-
Isnin–Sabtu: 9 pagi – 9 malam
Ahad: 9 pagi – 6 petang
Guna Panel Anda Sebelum Sakit Gigi Datang
Semak kelayakan dalam beberapa minit melalui WhatsApp.