Aesira Dental – Klinik Gigi Untuk Braces Murah di Kajang
- Braces lazimnya digunakan untuk estetik, gigitan dan kesihatan gigi
- Ramai individu membesar tanpa rawatan awal & mula mendapatkan braces apabila dewasa
- Proses pasang & rawat gigi guna kawat besi supaya gigi berada pada kedudukan yang betul
- Metal braces lebih ekonomi, manakala ceramic & self-ligating menawarkan pilihan lebih estetik
- Kos sebenar bergantung keadaan gigi. Konsultasi & X-ray diperlukan untuk pelan rawatan tepat
Hasrat untuk pasang braces sebenarnya bukan datang secara tiba-tiba. Hasrat itu datang dari pengalaman bertahun hidup dalam senyuman yang kurang yakin, kesukaran menguyah dan rasa rendah diri tatkala melihat susunan gigi.
Malangnya, seperti yang anda tahu, kos memasang braces sebenarnya tidak murah. Bahkan, kebolehan seseorang memasang braces sebenarnya adalah dari hasil simpanan bertahun ataupun membuat pinjaman peribadi.
Kami faham. Ramai pesakit datang ke Klinik Pergigian Aesira dengan soalan yang sama ;
- Berapa harga pasang braces
- Klinik gigi mana buat braces murah
Realitinya, “murah” dalam konteks braces bukan bermaksud harga paling rendah semata-mata. Ia bermaksud rawatan yang berbaloi, sesuai dengan keadaan gigi anda, dijalankan oleh doktor gigi berdaftar dan tidak memerlukan kos tambahan tersembunyi di kemudian hari.

Dalam artikel ini, kami kongsikan fakta klinikal, data sedia ada di Malaysia dan panduan sebenar supaya anda boleh buat keputusan untuk pasang braces dengan yakin.
Berapa Harga Braces?
Hasil tinjauan kami, harga pemasangan braces di klinik gigi sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih lazimnya adalah sekitar RM3,500 – RM12,000 bergantung kepada jenis braces dan tahap kerumitan gigi pesakit.
Ini senarai jenis braces yang ada :
- Ceramik braces
- Metal braces – Paling murah
- Self-ligating braces – Paling senang dijaga
“Tiada satu jenis braces yang terbaik untuk semua orang. Selepas checkup gigi, doktor akan cadangkan braces yang paling sesuai ikut kedudukan gigi, gigitan (bite), gaya hidup & bajet anda.” — Dr. Shakir Salleh, (Doktor Gigi Aesira Dental).
Sebenarnya, nak mencari klinik gigi murah sebenarnya tidak susah. Apa yang sukar dan mencabar adalah mendapatkan anggaran kos yang tepat berdasarkan pemeriksaan sebenar.
Harga ‘dari’ yang digunakan majoriti klinik sebenarnya mengelirukan pesakit di peringkat awal dan menyebabkan ramai pesakit sebenarnya tak bersedia pun dari sudut kewangan.
Jenis Braces di Aesira Dental

Harga Braces Konvensional (2026)
Di Aesira Dental, anggaran pelaburan untuk pasang braces konvensional bermula dari RM4,500 dengan bayaran ansuran bulanan RM150.
Harga Braces Self Ligating (2026)
Manakala pelaburan untuk pasang braces self ligating di Aesira Dental, bermula dari RM6,500 dengan bayaran ansuran bulanan RM200.
Rawatan : Pasang Braces Sepantas 60 Minit di Aesira Dental
Kenapa Anda Perlu Pakai Braces?
Dari segi klinikal, braces (pendakap gigi ortodontik) berfungsi memberi tekanan beransur-ansur pada gigi untuk menggerakkannya ke kedudukan yang lebih ideal.
Braces terbukti membantu untuk jangka panjang dalam membetulkan masalah seperti :
- Gigi jongang
- Gigi renggang
- Gigi bertindih
- Masalah gigitan (terlebih, terkurang, tak sekata)

Dan proses membetulkan masalah gigi ini mengambil masa kurang lebih 18 bulan – 30 bulan bergantung kepada kerumitan gigi anda.
Baca : Gigi Jarang : Punca, Tanda & Rawatan di Malaysia
1. Membetulkan Susunan Gigi Tidak Sekata
Gigi yang berlapis, senget atau mempunyai jarak boleh menjejaskan penampilan serta menyukarkan penjagaan kebersihan mulut.
2. Memperbaiki Masalah Gigitan (Maloklusi)
Braces membantu membetulkan masalah seperti overbite, underbite dan crossbite supaya fungsi mengunyah menjadi lebih baik.
3. Meningkatkan Keyakinan Diri
Susunan gigi yang lebih kemas membantu memberikan senyuman yang lebih yakin dalam kehidupan sosial dan profesional.
4. Memudahkan Penjagaan Gigi
Gigi yang tersusun lebih mudah dibersihkan, mengurangkan risiko plak, kaviti dan masalah gusi.
5. Mengelakkan Masalah Pergigian Jangka Panjang
Gigitan tidak seimbang boleh menyebabkan kehausan gigi dan tekanan berlebihan pada gigi tertentu.
6. Persediaan Untuk Rawatan Pergigian Lain
Dalam sesetengah kes, braces diperlukan sebelum rawatan seperti implan, crown atau veneer bagi mendapatkan susunan gigi yang lebih baik.
Data Terkini di Malaysia
Data KKM menunjukkan tahap kesihatan gigi rakyat Malaysia berada pada tahap membimbangkan, 90% orang dewasa mempunyai penyakit keradangan gusi.
88% penduduk mempunyai masalah gigi berlubang, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
Bagi kanak-kanak pula, 6 daripada 10 kanak-kanak berusia lima tahun sudah mula mengalami gigi berlubang dan lebih membimbangkan, 60.8% kanak-kanak bawah lima tahun tidak pernah diperiksa di klinik gigi langsung, dapatan dari NHMS Maternal and Child Health 2022.
Kesan Anda Abai Masalah Ini
Seorang pesakit dewasa yang membiarkan gigi bertindih (crowding) tanpa rawatan selama bertahun boleh mengalami kesukaran membersihkan celah gigi secara berkesan, meningkatkan risiko plak terkumpul, gusi berdarah dan akhirnya kehilangan gigi awal jika penyakit periodontal tidak dikawal.

Ini bukan sekadar isu kosmetik, susunan gigi yang tidak betul secara langsung menjejaskan keupayaan mengunyah dan kesihatan gusi jangka panjang.
Braces – Solusi Susunan Gigi Anda
Di Aesira Dental, proses rawatan bermula dengan konsultasi dan pemeriksaan klinikal termasuk X-ray untuk menilai kedudukan gigi dan rahang secara terperinci.
Berdasarkan penemuan ini, doktor akan mencadangkan jenis braces yang paling sesuai :
| Perbandingan | Metal Braces | Ceramic Braces | Self-Ligating (Damon) |
|---|---|---|---|
| Penampilan | Paling jelas kelihatan | Warna seakan gigi, lebih estetik | Lebih moden & kemas |
| Ketahanan | ★★★★★ | ★★★★☆ | ★★★★★ |
| Keselesaan | Baik | Baik | Sangat selesa (kurang geseran) |
| Kos | Paling ekonomi | Sederhana | Premium |
| Sesuai untuk | Pelajar, remaja, mahu pilihan ekonomi | Profesional, mementingkan penampilan | Mahu teknologi moden & keselesaan tambahan |

Reviu Jenis Braces Ikut Spesifikasi
Metal braces kekal pilihan paling popular kerana kukuh, sesuai untuk hampir semua tahap kerumitan kes dan kos lebih berpatutan (paling murah).
Ceramic braces pula popular dalam kalangan dewasa yang bekerja secara profesional kerana braket menyerupai warna gigi dan lebih estetik.
Self-ligating braces (Damon) tidak menggunakan getah elastik pada braket, jadi geseran lebih rendah dan temujanji untuk pelarasan biasanya lebih jarang berbanding metal & ceramic braces.
Baca : Pilihan Braces Warna Warni Untuk Pelajar Sekolah (LENGKAP)
Pengalaman Kami di Aesira Dental
Kebanyakan pesakit yang konsisten datang temujanji bulanan dan menjaga kebersihan mulut sepanjang tempoh rawatan menunjukkan hasil yang lebih memuaskan dalam tempoh yang dijangka.
Teknik berus gigi yang betul (bukan kerap), adalah kunci semasa memakai braces, memandangkan makanan lebih mudah tersangkut pada braket dan wayar.

Kami turut menggalakkan ibu bapa membawa anak untuk pemeriksaan gigi seawal usia 6 bulan, kerana pengesanan awal masalah susunan gigi memudahkan perancangan rawatan ortodontik pada usia yang lebih sesuai kelak.
Gigi Anda Menyimpan Seluruh Sejarah Hidup
Gigi manusia sebenarnya adalah “rekod kehidupan” yang boleh bertahan jauh lebih lama berbanding kebanyakan bahagian badan lain.
Dalam dunia arkeologi, saintis masih boleh mengkaji gigi manusia yang berusia ratusan hingga ribuan tahun untuk memahami bagaimana kehidupan masyarakat zaman dahulu.
Melalui analisis DNA dan struktur gigi, mereka boleh mengesan corak pemakanan, jenis makanan yang diambil serta keadaan kesihatan individu tersebut.

Menariknya, walaupun seseorang itu telah lama meninggal dunia, gigi masih boleh menceritakan kisah hidupnya, daripada diet harian sehinggalah perubahan kesihatan sepanjang hayat.
Dalam bidang forensik pula, gigi menjadi salah satu “identiti unik” manusia.
Bentuk gigi, tampalan, mahkota dan susunan gigi boleh membantu pakar mengenal pasti seseorang kerana tiada dua individu mempunyai rekod pergigian yang sama.
Baca : 7 Perbezaan Braces Clear Aligners dan Braces Biasa (Lengkap)
Soalan Pasang Braces Kami Terima
1. Berapa lama masa kena pakai braces?
Secara umum antara 18 hingga 30 bulan, bergantung tahap kerumitan susunan gigi dan gigitan anda. Kes ringan boleh lebih singkat, kes kompleks memerlukan tempoh lebih panjang.
2. Umur berapa paling sesuai pasang braces?
Umur paling sesuai untuk kanak-kanak biasanya 12-18 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh menjalani rawatan braces pada bila-bila usia selagi gusi dan tulang rahang dalam keadaan sihat.
3. Metal braces atau ceramic braces. Mana lagi berbaloi?
Metal braces biasanya lebih ekonomi (murah) dan sesuai untuk kebanyakan kes termasuk gigi yang kompleks. Manakala ceramic braces 20-40% lebih tinggi kosnya kerana faktor estetik.
4. Insuran cover ke pasang braces?
Kebanyakan pelan insurans standard di Malaysia tidak menanggung kos rawatan ortodontik/braces, kecuali pelan khas tertentu yang menawarkan perlindungan separa. Sila semak dengan penyedia insurans anda.
Bila Anda Perlu Jumpa Doktor?
Jika anda sudah lama perasan gigi anda tidak tersusun rata, sukar membersihkan celah gigi tertentu, atau mengalami sakit rahang semasa mengunyah.
Ini tanda yang wajar disemak segera, bukan ditangguhkan lagi. Menunggu lebih lama bukan sahaja memburukkan keadaan gigitan, malah meningkatkan risiko masalah gusi seperti yang ditunjukkan data NHMS di atas.
Selepas rawatan braces yang lengkap dan dipantau dengan baik, pesakit akan menikmati :
- Susunan gigi lebih rata
- Senang bersihkan gigi
- Kunyahan lebih sempurna
Kesimpulan
Mencari braces murah di Kajang bukan sekadar tentang harga paling rendah, tetapi tentang mendapatkan rawatan yang tepat, selamat, dan berbaloi dengan keadaan gigi anda sendiri.
Di Aesira Dental, kami sedia bantu anda dari peringkat konsultasi awal, pemeriksaan X-ray, sehingga pemilihan jenis braces yang paling sesuai dengan bajet dan gaya hidup anda. Hubungi kami untuk book sesi pasang braces hari ini.
Rujukan :
- Sinar Harian, “Masalah gigi rakyat Malaysia membimbangkan”, 26-04-2023. Akses: https://www.sinarharian.com.my/article/255931/berita/nasional/masalah-gigi-rakyat-malaysia-membimbangkan
- The Star, “Poor dental hygiene a growing issue among children, say experts”, 11-12-2025. Akses: https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/12/11/poor-dental-hygiene-a-growing-issue-among-children-say-experts
- National Oral Health Survey of School Children (NOHSS) 2007, Kementerian Kesihatan Malaysia — dipetik dalam “Malaysian Patients’ Expectations of Orthodontic Treatment”, PMC, 2022. Akses: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9427292/
- “Validation and reliability of the translated Malay version of the psychosocial impact of dental aesthetics questionnaire for adolescents”, PMC. Akses: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC5270312/
- Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kesihatan Pergigian — Garis Panduan Rawatan Ortodontik. Akses: https://www.scribd.com/document/1028132508/DL71-Garis-Panduan-Rujukan-Rawatan-Ortodontik-Di-Fasiliti-Perkhidmatan-Pergigian-2022
- Majlis Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Council) — Garis Panduan Pengiklanan Perkhidmatan Pergigian. Akses: https://pharmacy.moh.gov.my/sites/default/files/document-upload/garis-panduan-pengiklanan-kemudahan-perkhidmatan-penjagaan-kesihatan-mab-1.2026.pdf
Penafian : Artikel ini adalah untuk tujuan informasi dan bukan alternatif prosedur sebenar. Sila buat diagnosis dari doktor gigi sebenar yang sah & berdaftar untuk masalah gigi & oral anda.
- Penulis : Mehmed Aezhad
- Semakan : Dr. A’tikah binti U’zied
- Review Klinikal : 15 Julai 2026
- Reviu Seterusnya : 15 Julai 2027
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh :
Bachelor of Dental Surgery (BDS), Mansoura University, Egypt.
Dr. A’tikah U’zied merupakan Pengasas & Doktor Gigi Utama di Klinik Pergigian Aesira. Beliau merupakan doktor gigi yang sah di bawah Malaysian Dental Council (MDC) dengan nombor No. 13130.
